Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Hafiz Suip Kini Dalam Proses Bercerai, Sedia Lepaskan Isteri Demi Kebaikan

Penyanyi Hafiz Suip mengesahkan bahawa dirinya dan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah, kini dalam proses perceraian. Selain itu, beliau juga memaklumkan mereka sedang berbincang mengenai hak penjagaan anak-anak demi memastikan kebajikan mereka terjaga.

Kami masih suami dan isteri cuma tidak sebumbung disebabkan dalam proses cerai.

Kami sedang berunding hak penjagaan anak-anak.

Mahu selesaikan masalah tanpa campur tangan orang lain

Hafiz

Hafiz memaklumkan dirinya mahu selesaikan isu ini tanpa campur tangan pihak luar dan beliau lebih mengutamakan jalan damai dan kebahagiaan semua pihak. 

IKLAN

Menurut Hafiz, jika sudah tiada persefahaman, dia bersedia untuk melepaskan isterinya dengan cara yang baik.

Saya cuma nak selesaikan dengan cara yang baik tapa ada gangguan daripada pihak-pihak yang lain. Cukup saya simpan sendiri perkara ini.

Kalau dah memang kami sudah tada persefahaman, saya akan lepaskan dengan cara baik.

Hafiz tidak mahu anak-anak jadi mangsa keadaan

Hafiz

Tak mahu rumitkan keadaan, biarlah semuanya selesai cara baik, jangan anak-anak jadi mangsa keadaan.

Untuk pengetahuan korang, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8 tahun, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5 tahun.

#OhmediaNasihat

Perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi melibatkan anak-anak. Jadi ibu bapa perlu selesaikan masalah itu dengan baik dan matang demi kebahagiaan semua pihak.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas