Connect with us

Oh! Media

“R*gol Time…”- Kapsyen Erry Putra Melampau! Netizen Persoal Kenapa Jadikan Bahan Lawak Lucah?

erry putra

Oh! Artis

“R*gol Time…”- Kapsyen Erry Putra Melampau! Netizen Persoal Kenapa Jadikan Bahan Lawak Lucah?

Nampaknya semakin ramai pula pelakon yang dilihat seadakan menggunakan bad marketing untuk drama atau filem baharu mereka. Mereka akan berkongsi sesuatu yang pasti akan mengundang kecaman ramai dan kemudian tampil memohon maaf, ini semua kemudian akan membuatkan drama atau filem yang mereka lakonkan diketahui ramai.

ADVERTISEMENT

Selepas Zul Ariffin, pelakon lelaki Erry Putra pula mendapat kecaman netizen apabila memuat naik satu gambar dengan kapsyen jijik. Gambar itu diambil ketika sesi pengambaran di dalam ladang pisang dan dengan kapsyen itu orang ramai sudah boleh menganggap sudah tentu akan ada babak rogol dalam drama terbabit.

“Rogolllll time…” – Tulis kapsyen Erry dengan emoji gatal dan berair.

Kenapa jadikan bahan jenaka lucah?

Perkara ini telah dibangkitkan seorang pengguna Twitter yang bengang melihat perkara terkutuk seperti itu boleh dijadikan bahan jenaka lucah. Babak seperti ini sepatutnya boleh dijadikan kesedaran kepada semua untuk sekali-kali tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.

Malangnya, kapsyen sebegitu tidak menjaga dan menghormati wanita.

Erry bagaimanapun dikatakan telah memadam perkongsian terbabit dan masih belum ada sebarang penjelasan darinya. Jadikanlah pengajaran dengan apa yang berlaku kepada rakan-rakan artis sebelum ini, sekali kita ulang, kita tidak boleh ambil mudah dengan perkara yang dilihat kecil seperti ini. Isu kecil yang didakwa hanya melawak inilah boleh menjadi barah yang parah!

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas