Connect with us

Oh! Media

Filem Mat Kilau Berbaloi Dan Berjaya Bangkitkan Semangat Anak Melayu, Tapi…

mat kilau

Oh! Artis

Filem Mat Kilau Berbaloi Dan Berjaya Bangkitkan Semangat Anak Melayu, Tapi…

#MatKilau ni sangatlah best dan berbaloi untuk ditonton. Action packed sampai tak senang duduk. Deep! Ayat dari skrip dia semua makan dalam menusuk kalbu anak bangsa yang mahu berfikir. Barisan pelakon veteran dan pelakon muda yang super padu.

ADVERTISEMENT

Fattah Amin pun dah power bukan kayu macam korang cakap lagi seperti dulu-dulu. Haha! Beto pula tak payah cakap la dah memang sah power sikit lagi dia nak overshadow Mat Kilau lakonan Adi Putra tau.

Pelakon tambahan sampailah ke orang english yang datang menjajah memang yang betul reti berlakon bukan tangkap muat omputih tengah jalan-jalan kat Chow Kit tetiba kau ajak berlakon. Hahaha.

Pelakon watak jahat benar-benar nampak jahat sungguh sampai rasa nak flying kick je dari jauh kalau boleh masuk ke skrin tu. Huhu. Anda memang hebat Pak Yayan Ruhian.

Tak jadi masalah untuk layan bersama keluarga..

Skrip mantap, plot cerita best, aksi menarik, cinematography cukup cantik, cuma color grading filem ni je bukan fav Ohmedia tapi itu tak lah jadi masalah untuk kami enjoy filem ni dari awal sampai habis.

Oh ya, masa tengok saya rasa apesal rasa macam tengah tengok drama Gerak Khas je ni. Ooo patutpun kemain ramai pelakon Gerak Khas dalam ni. Detektif Lim jadi cina rambut separuh tu berdekah la siot. Hahaha. Tengok la pengarahnya pun siapa kan.

Thanks Syamsul Yusof & Studio Kembara untuk hidangan filem yang berkualiti dan bersungguh macam ni.

Rating: 5/5 ⭐️#OhmediaWayang

Kredit: Instagram @ohkhai

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas