Connect with us

Oh! Media

“Resah Nak Balik Cepat, Buat Muka Mencuka” – Artis Wanita Berambut Merah Didakwa Berperangai Diva

artis diva

Oh! Artis

“Resah Nak Balik Cepat, Buat Muka Mencuka” – Artis Wanita Berambut Merah Didakwa Berperangai Diva

Tiada angin tiada ribut hari ini timbul pula satu isu mengenai artis wanita yang didakwa berperangai diva. Artis mana pula tu?

ADVERTISEMENT

Memetik sumber Utusan Malaysia, artis wanita itu didakwa sudah beberapa kali berperangai sedemikian di hadapan orang termasuklah pihak media.

Artis wanita buat perangai diva

Namun, tak sangka sampai ke negara luar pun pelakon itu dikatakan buat hal apabila resah nak balik dan buat muka masam mencuka apabila tak dibenarkan pulang awal ke bilik.

artis diva
Sekadar gambar hiasan

Menurut Cik Bunga, pelakon ini diminta hadir ke negara jiran untuk promosi filem yang dibintanginya. Ketika sesi sidang media, para hadirin berdepan situasi menunggu lama.

Pelakon itu didakwa banyak kali bercakap dengan pihak pengurusan namun dia disyaratkan untuk habiskan sesi sidang media mengikut masa yang ditetapkan. Masa itulah, pelakon ini dikatakan ‘buat muka’.

Kata Cik Bunga, hadirin yang ada di majlis itu dapat lihat reaksi muka yang dilontarkannya ketika itu.

Satu hal lagi, juga kejadian di sana. Si aktres ini mempersoalkan kenapa nama pelakon lelaki yang membintangi filem yang sama diletakkan nombor satu pada senarai artis yang ada.

Berdasarkan laporan itu, perangai acah-acah diva pelakon ini dikatakan turut menimbulkan rasa kurang senang krew di belakang tabir. Tambahan pula dia dikatakan selalu bawa adiknya yang sendu ke mana-mana majlis.

Betul ke dakwaan ni? Semoga artis itu dapat berubah demi kebaikan, barulah seronok nak bekerja kan.

BACA: Bantu Peniaga OKU Cari Rezeki, Anzalna Beri Inspirasi Pada Artis Lain

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas