Connect with us

Oh! Media

Rambut Perang Cetus Persoalan, Syed Iqmal Tampil Beri Penjelasan

Oh! Artis

Rambut Perang Cetus Persoalan, Syed Iqmal Tampil Beri Penjelasan

Sebut sahaja tentang Syed Iqmal, sudah pasti ramai akan mengenali bekas peserta Da’i ini yang pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi sejak beberapa bulan yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Penampilan Terbaharu Disamakan Dengan ‘Wukong’, Syed Shah Akui Berdepan Kemurungan

Namun, adalah tidak wajar untuk mengungkit kisah lama, sebaliknya kita perlu menyokong perubahan yang dilakukannya lebih-lebih lagi dirinya yang sedang dalam proses pemulihan akibat kemurungan.

Selain itu, dia juga turut tampil dengan penampilan baharu dengan mengayakan rambut perang serta menyimpan jambang yang dilihat berbeza dari imej terdahulunya.

Ditegur mengenai warna rambut, Syed Iqmal akui hanya mahu lebih yakin

Bagaimanapun, imej terbaharunya itu turut mendapat pelbagai persoalan kerana dianggap tidak sesuai kepada seorang yang bergelar pendakwah bebas.

Menurutnya, dia telah mengubah gaya rambut tersebut sejak tahun lalu selepas dirinya dilanda pelbagai ‘ujian’ selain mengakui ia dibuat bagi menambahkan keyakinan ketika berada di khalayak ramai.

Saya akui mewarnakan rambut dengan menggunakan inai. Sebenarnya, saya buat ini ketika diri dilanda dengan segala musibah yang berlaku pada tahun lepas. Saya jadi tak yakin nak jumpa dengan orang.

Bila saya perangkan rambut ini, ubah sikit imej dan penampilan, adalah rasa yakin sikit. Tak salah pun sebab saya pakai inai, bukan guna produk yang menghalang air atau yang menyukarkan saya untuk berwuduk atau mandi wajib.

Selain itu, dia juga tidak menolak kemungkinan akan mengubah gaya penampilannya kepada yang lebih bersesuaian pada masa akan datang sekiranya mempunyai sebab kukuh untuk tujuan itu.

Bakal tampil dengan single terbaharu, hadir dengan genre arab

Bertanya pula mengenai perkembangan dalam industri muzik, pendakwah berusia 26 tahun itu mengakui mungkin akan mengeluarkan lagu terbaharu pada awal tahun hadapan.

Penyanyi lagu Albi Nadak itu turut menjelaskan bahawa album tersebut bakal hadir dalam bahasa Arab oleh kerana sudah selesa membawa genre muzik seperti itu.

Syed Iqmal

Bukan tak nak bawa lagu bahasa Melayu, tapi saya nak buat apa yang saya rasa selesa dan suka. Kalau buat lagu bahasa Arab pun tiada salahnya.

Manfaatnya, boleh tarik pendengar untuk menyukai bahasa Arab dan sebagainya.

Walaupun mengakui radio ada kalanya jarang memainkan lagunya oleh faktor berbahasa arab, namun dirinya berharap agar mereka mampu memberikan kelonggaran untuk memainkan lagu-lagu seperti itu.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas