Connect with us

Oh! Media

Penampilan Terbaharu Disamakan Dengan ‘Wukong’, Syed Shah Akui Berdepan Kemurungan

Oh! Artis

Penampilan Terbaharu Disamakan Dengan ‘Wukong’, Syed Shah Akui Berdepan Kemurungan

Nama bekas peserta program Da’i, Syed Shah tak asing lagi dari buah mulut orang ramai, lebih-lebih lagi beberapa kontroversi yang pernah dikaitkan dengan dirinya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Rindu Iqmal Yang Dulu”, Respons Bapa Da’i Syed Mengejutkan Netizen

Terdahulu, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail pernah ditahan dan berdepan dengan tiga dakwaan termasuklah merogol pada 27 November 2020.

Hal itu selepas seorang wanita telah membuat laporan polis dan mendakwa telah dirogol oleh pandakwah itu. Kemudian, muncul lagi tujuh laporan menyusul daripada tujuh mangsa yang dikatakan turut menjadi mangsa.

Selepas direman selama 13 hari pada 10 Disember 2020, dia kemudian didakwa atas dua pertuduhan iaitu persetubuhan luar tabii dan mencabul kehormatan seorang wanita.

Berdepan dengan kontroversi, Syed Shah akui berdepan kemurungan

Walaupun sisi kontoversi yang melanda dirinya sudah beberapa bulan berlalu, namun Syed mendedahkan dirinya masih berdepan dengan kemurungan.

Memetik laporan Kosmo, dirinya turut berasa trauma dengan semua ‘kisah gelapnya’ selain mengakui senang merasa sedih apabila teringat akan perkara tersebut.

Saya berdepan tekanan perasaan dan jiwa dan antara yang saya hadapi termasuklah senang menjadi sedih dan trauma.

Terutama apabila saya tertengok gambar masa pakai baju ‘kurta hijau’ (waktu ditahan polis). Saya rasa sedih dan ‘down’.

Menurutnya, dia sering kali menangis selain turut mengurungkan diri selama dua bulan kerana kerana takut berjumpa dengan orang luar serta risau akan tanggapan mereka terhadapnya.

Selain itu, penampilan terbaharunya yang kini berjambang turut menjadi bahan ejekan daripada segelintir netizen yang menyamakannya dengan watak animasi China, Wukong.

Saya simpan jambang pun, orang cakap muka saya macam Wukong.

Perlahan-lahan pulih dari kemurungan, dekatkan diri dengan Allah SWT.

Oleh sebab itu, dia juga terpaksa menukar gaya kehidupan serta penampilan diri bagi meneruskan hidup dan juga mendekatkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

Saya berdoa kepada Allah SWT agar Dia tenangkan hati dan jiwa kita supaya diberikan kebahagian dalam hati.

Benda ini pun (masalah kemurungan) datang daripada Allah dan sembuh pun atas rela-Nya.

Ditanya cara mengawal masalah kemurungan, menurutnya, dia telah melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti sunnah seperti menunggang kuda bagi melupakan masa lalunya.

Tambahnya, pelakon tanah air, Natasha Hudson telah banyak mengajarnya cara menunggang kuda selain mengakui aktiviti tersebut sedikit sebanyak telah memulihkan kesihatan mentalnya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas