Connect with us

Oh! Media

(Video) Dari Baju Kurung Biasa Ke Busana Puteri Gunung Ledang, Rupanya Ini Rahsia Pertukaran Baju Shiha Zikir

Oh! Artis

(Video) Dari Baju Kurung Biasa Ke Busana Puteri Gunung Ledang, Rupanya Ini Rahsia Pertukaran Baju Shiha Zikir

Biarpun pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sudah pun berakhir dua hari lalu, namun kisah yang terjadi sepanjang acara tersebut masih menjadi bualan hangat peminat.

ADVERTISEMENT

Antara kejadian yang menjadi ‘highlight’ pada malam itu adalah dimana hanya beberapa saat sahaja Shiha Zikir dilihat sudah pun bertukar pakaian dari busana baju kurung biru kepada busan merah menawan ketika sedang membuat persembahan di atas pentas.

Selepas saja persembahan itu berakhir, boleh dikatakan ramai penonton yang tertanya-tanya dan mempersoalkan bagaimana Shiha boleh bertukar pakaian biru ke merah dengan pantas.

Akhirnya segala persoalan dan tanda tanya tentang pertukaran baju itu terjawab apabila pereka busana yang dikenali sebagai Che Wan telah memuat naik video itu laman Instagramnya.

Malah, pereka itu juga turut meluahkan rasa kecewanya apabila hasil penat lelahnya itu tidak dirakam dan disiarkan di kaca television.

Malangnya, rakaman siaran langsung daripada cameraman hanya menunjukkan sekejap sahaja ‘part’ dimana baju Shiha bertukar.

https://www.tiktok.com/@deqwang/video/6940198604434984193?sender_device=mobile&sender_web_id=6914290107143276034&is_from_webapp=v3&is_copy_url=0

Jika di lihat kembali pada malam persembahan mereka, rupanya Shiha telah dibantu oleh penari mereka iaitu Alam Wakaka untuk menarik pin yang telah tersedia.

Kredit: Deqwang

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas