Connect with us

Oh! Media

Puteri Sarah Menangis Di Bahu Andi Arsyil, Raih Perhatian Warganet

puteri sarah

Oh! Artis

Puteri Sarah Menangis Di Bahu Andi Arsyil, Raih Perhatian Warganet

Tular sebuah video yang memaparkan pelakon Puteri Sarah Liyana bersama dengan seorang jejaka bernama Andi Arsyil Rahman yang merupakan rakan perniagaannya.

ADVERTISEMENT

Dalam video berkenaan, kelihatan Andi Arsyil meminta Puteri Sarah untuk memaafkan individu yang telah menghina dirinya.

https://www.tiktok.com/@hannankhaira_/video/7313587283792235784

Menariknya, reaksi Puteri Sarah ketika itu pula seakan berbelah bahagi serta sebak dengan keadaan yang menimpa dirinya sehingga menitiskan air mata di bahu Andi Arsyil.

Kamu Maafin mereka dulu, maafin semua orang yang menghina kamu, yaa maafin mereka.

Aku maafkan semua kalian, itu jadi pahala buat kamu, yaa maafin mereka udah.

Video berkenaan dimuat naik di laman media sosial TikTok milik @hannankhaira_ telah meraih perhatian netizen, namun ruangan komen pula ditutup.

Sebelum ini, pernah ada dakwaan dari netizen mengatakan Puteri Sarah dan Andi Arsyil semakin akrab dan mempunyai hubungan yang istimewa.

Walau bagaimanpun, ibu kepada dua orang anak ini menepis dakwaan itu dengan berkata mereka hanya sekadar kawan sahaja.

BACA: Puteri Sarah Diganggu Lagi ‘Stalker’ Dengan Gelaran Baru Mastura 2.0, Kali Ini Libatkan Andi

Terdahulu, Puteri Sarah Liyana pernah diganggu di laman Instagramnya oleh seorang individu yang menggunakan akaun palsu bernama ” Mastura” sehingga melibatkan Andi Arsyil.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7304899545769495816?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

  • puteri sarah
  • puteri sarah

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas