Connect with us

Oh! Media

puteri balqis

Oh! Artis

Puteri Balqis Dapat Tawaran ‘Review’ Produk Besarkan Payudara Dan Punggung, Ini Responnya..

Sejak akhir-akhir ini dah kerap kita nampak pelakon cilik, Puteri Balqis masuk di kaca TV, social media dan sebagainya kan setelah sekian lama menghilang dari industri sebelum ini.

Terbaru! Puteri Balqis atau lebih mesra dengan panggilan Aqish mendedahkan yang dirinya sering mendapat tawaran review produk tapi ditolaknya. Eh, kenapa tu?

IKLAN

Menurut laporan Utusan TV, pelakon cilik itu juga memohon maaf kerana kebanyakan tawaran yang dia dapat tidak bersesuaian dengannya.

Bukan tu jer, doktor juga menasihatkan supaya dia tidak mencuba sebarang produk kerana bimbang memberi kesan kepada kesihatannya sebab Awish tengah consume ubat anti kemurungan dan ubat tidur.

Jadi Aqish nak minta maaf jika ada antara reviu terpaksa ditolak kerana ada beberapa produk yang kurang sesuai untuk saya lakukan.

Menerusi IG Story, Aqish ada ‘list’kan produk yang terpaksa ditolaknya, antaranya ialah produk pemutuh, krim payudara dan punggung, jamu dan produk kesihatan.

Aqish rasa produk untuk memutihkan ini tidak sesuai sebab saya kurang pengetahuan tentang produk sebegini dan tidak mahu menyampaikan maklumat yang salah.

Ada juga minta saya promosi jamu dan krim payudara serta punggung tetapi saya tolak kerana tidak mahu timbulkan isu memandangkan saya bawah umur.

Macam produk makanan pula, ada yang saya cuba pertimbangkan tetapi tinggalkan kesan negatif pada badan Aqish sampai muntah dan demam.

Wah! Terbaiklah Aqish. Siap minta maaf lagi sebab tolak tawaran tu. Lagipun dia bukan suka-suka tolak, ada alasan tersendiri. Memang terbaik!

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas