Connect with us

Oh! Media

PU Syed Hentam Baby Shima Keluar Fatwa Sendiri Tentang Konsert, – “Senang Sungguh Jari Jemari Menaip”

pu syed tegur baby shima

Oh! Artis

PU Syed Hentam Baby Shima Keluar Fatwa Sendiri Tentang Konsert, – “Senang Sungguh Jari Jemari Menaip”

Sejak minggu ini kecoh diperkatakan di media sosial apabila kumpulan muzik ternama dari United Kingdom, Coldplay mengesahkan bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 22 November depan.

ADVERTISEMENT

BACA: Ustaz Don Petik Lirik Lagu Cold Play Sebagai Contoh Punca Kemurungan Dan Depresi

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan selamat datang kepada kumpulan rock terkenal itu.

Pendakwah bebas PU Syed bagaimanapun menentang penganjuran konsert itu yang menurutnya tak membawa faedah.

Terbaru, PU Syed menegur penyanyi dangdut Baby Shima yang dikatakan telah mengeluarkan fatwa sendiri mengenai halal haram konsert.

Dalam satu hantaran, penyanyi itu berkata tiada masalah konsert diadakan di Malaysia. Masyarakat mempunyai pilihan sama ada nak menonton atau duduk di rumah sahaja bagi yang merasakan ianya haram.

PU Syed meluahkan rasa bimbang apabila seseorang yang tak faham agama sewenang-wenangnya berbicara tentang halal dan haram. Tindakan itu dikhuatiri akan menjerumus seseorang ke golongan Ruwaibidhah.

Jelasnya lagi, hukum menyanyi dan penganjuran konsert telah dibahaskan oleh ulama, ianya dibenarkan jika jaga adab dan patuh syariat. Tetapi jika sebaliknya, mohon dihentikan.

Kredit: Instagram PU Syed

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

Ke Atas