
Oh! Islam
Ustaz Don Petik Lirik Lagu Cold Play Sebagai Contoh Punca Kemurungan Dan Depresi
Oleh
Perkongsian video pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang mengupas topik ‘Deperisi Dari Sudut Islam’ kembali tersebar. Ini kerana dalam perkongsian itu, Ustaz Don ada mengambil contoh lirik lagu ‘Fix You’ nyanyian kumpulan Coldplay.
Ustaz Don turut berpandangan petikan lirik lagu itu sesuai untuk menggambarkan mereka yang mengalami kemurungan kerana tidak tahu akan kemahuan sebenar diri masing-masing.
Kalau kawan-kawan tanya saya jawab macam ni. Antara benda yang kekurangan ialah apa yang ada dalam lagu Coldplay. Kalau boleh dengar lagu Coldplay, tajuk dia ‘Fix You’.
You get what you want, but not what you need. Dia tidak dapat memenuhi apa yang dia mahu. Sedangkan dia tidak tahu sebenarnya apa yang dia mahu.
Ustaz Don bagi tahu Punca Depresi. Dia bagi contoh lagu Coldplay. Hit different weh bila dengar balik sekarang 🥺
— Team Raya KL | 〽️ (@_NazriH) May 10, 2023
“When you try your best, but you don't succeed
When you get what you want, but not what you need
When you feel so tired, but you can't sleep
Stuck in reverse” pic.twitter.com/XtCtlIED8x
Dia dalam pada itu turut menyentuh tentang penerimaan manusia terhadap Qada dan Qadar selain memetik kisah Siti Maryam sebagai panduan buat para pendengar.
Disebabkan hari ini masyarakat kurang ilmu Qada’ dan Qadar tadi itu. Dia tidak faham dekat mana dia nak hubungkan. Maka bila jadi sesuatu, cepat sangat untuk dia dapat depresi.
Coldplay kini menjadi topik hangat selepas kumpulan pemuzik yang berasal dari United Kingdom itu dijangka akan mengadakan konsert pada 22 November ini dan telah menerima sambutan ramai meskipun ditentang penganjurannya oleh sesetengah pihak.
Kredit: Twitter
