Connect with us

Oh! Media

Promoter Tinju Tawar Will Smith Dan Chris Rock RM63.3 Juta Untuk Bertarung Dalam Gelanggang?

Ohmedia jake paul

Oh! Artis

Promoter Tinju Tawar Will Smith Dan Chris Rock RM63.3 Juta Untuk Bertarung Dalam Gelanggang?

Seperti yang dijangkakan, masuk hari kedua Will Smith tampar Chris Rock atas pentas Oscar, mesti akan ada pihak lain cuba masuk campur. Bagaimanapun, tak sangka pula akan ada pihak yang akan jadi batu api dengan insiden yang berlaku.

BACA: “Tidak Boleh Lari Daripada Orang Yang Tidak Hormati Kita”- Will Smith Menangis Atas Pentas Oscar

Ini apabila, Jake Paul yang merupakan seorang promoter tinju telah menawarkan Will Smith dan Chris Rock wang sebanyak RM63.3 juta setiap seorang jika bersetuju untuk bertarung di dalam gelanggang. Paul melihat itu sahaja cara untuk menyelesaikan perselisihan antara mereka.

IKLAN

Saya ada $15 juta untuk Will Smith dan $15 juta untuk Chris Rock. Ayuh lakukannya Ogos ini. Seseorang tolong hubungkan saya dengan wakil Will Smith di telefon secepat mungkin. – Tulisnya di Twitter.

Jake Paul

Nampaknya, ramai yang melihat apa yang terjadi ini sebagai peluang untuk mereka membuat duit. Tidak hairanlah apabila sekarang sudah menjadi trend pula untuk seorang selebriti terlibat dalam perlawanan tinju.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas