Connect with us

Oh! Media

IShowSpeed Ditawar RM84 Juta Untuk Lawan Jake Paul?

untitled design   1

Trending

IShowSpeed Ditawar RM84 Juta Untuk Lawan Jake Paul?

Youtuber terkenal, IShowSpeed kini menjadi bualan hangat selepas dirinya mencabar Jake Paul. 

Menurut laporan Berita Harian, IShowSpeed atau nama sebenarnya Darren Watkins mendakwa dia hanya perlukan enam bulan latihan saja untuk menewaskan Jake Paul di gelanggang tinju.

Sekiranya saya mempunyai enam bulan, saya boleh menewaskan mana-mana โ€˜raksasaโ€™ di dunia ini, termasuk Jake Paul.

Saya rasa seperti saya boleh menewaskan Jake Paul dalam pertarungan. Saya menghormati etika kerjanya tetapi apabila saya menontonnya dalam gelanggang, dia tampak tidak begitu lancar. Saya rasa saya boleh menewaskannya. Apabila kamu melihatnya (pertarungan), kamu boleh lihat kelemahannya.

IShowSpeed cabar Jake Paul, pengurus Paul tawar RM84 juta!

39e36fe6 8a17 41f5 93de 2113b2244144

Terbaru! Pengurus Jake Paul iaitu Nakisa Bidarian tampil memberi respon mengenai komen IShowSpeed menerusi satu hantaran di Instagram dan menawarkan tawaran yang cukup lumayan.

IKLAN

Tenang. Saya ada AS$10 juta (RM44.7 juta) untuk dia sekarang. Tandatangan minggu ini. Jika dia menang, dia dapat bonus AS$10 juta lagi. Turunkan tandatangan kamu.

Tawaran tersebut bernilai sebanyak AS$20 juta (RM89.4 juta) dan jumlah itu sama seperti yang Mike Tyson dapat ketika bertarung dengan Paul minggu lepas.

โ€œSpeed main-main jeโ€ – Jake Paul

img 3940

Jake Paul yang sibuk mencari lawan baru selepas menang dengan Mike Tyson tidak melepaskan peluang untuk membalas kenyataan Speed. 

Speed lebih tahu. Orang saya pasti hanya main-main.

Walau bagaimanapun, masih belum ada tanda-tanda Speed akan menyahut tawaran lumayan itu. 

Korang rasa ia sekadar kenyataan panas di media sosial atau mereka benar-benar bakal bertarungan nanti?

#OhmediaNasihat

Berani mencabar sesuatu memang bagus, tapi kena pastikan kita betul-betul bersedia untuk hadapi risiko. Jangan pula hanya sekadar โ€œcakap besarโ€ untuk tarik perhatian. Dalam apa jua cabaran, buktikan dengan tindakan, bukan hanya kata-kata.

untitled design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Popular Bulan Ini

Komik Sembang Jerr

Oh! Sembang Jerr - Malaysia Indonesia FIFA ASEAN Cup

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Ohmedia Banner
Ke Atas