Connect with us

Oh! Media

pil kuda

Oh! Artis

Polis Thailand Dedah 6,000 Pil Kuda Mungkin Untuk Diedarkan Kepada Penagih Di Kelantan

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Pol Col Jadsadavit Inprapan, mendedahkan bahawa seorang penyanyi Kelantan bersama lima individu lain yang ditahan minggu lalu didapati terlibat dengan sindiket pengedaran dadah.

Hasil siasatan mendapati 6,000 biji pil kuda yang dijumpai adalah untuk diedarkan kepada penagih di Kelantan.

IKLAN

Bukti kukuh sindiket cuba edar pil kuda dadah

pil kuda

Menurut Jadsadavit, jumlah pil kuda yang besar ini tidak mungkin hanya untuk kegunaan peribadi.

Jika sebiji sahaja ditemui, mungkin ia untuk kegunaan sendiri. Namun, berdasarkan kuantiti dan bukti yang diperoleh, pil ini dipercayai untuk dijual kepada penagih.- Katanya.

Urusan jual beli di bawah undang-undang Thailand

BACA: Media Thailand Dedah Wajah Penyanyi Malaysia Ditangkap Miliki 6,000 Pil Kuda

Beliau turut menjelaskan bahawa di bawah undang-undang Thailand, pengedaran dadah bukan sekadar urusan melibatkan wang. Jika dadah diberi secara percuma sekalipun, ia tetap dianggap aktiviti pengedaran.

Setakat ini, sampel air kencing, dadah, dan DNA suspek telah dihantar untuk analisis lanjut. Bagaimanapun, suspek boleh mengemukakan bukti di mahkamah jika tidak terlibat.

#OhmediaNasihat

Terlibat dengan dadah bukan sahaja menjerumuskan diri ke arah bahaya tetapi juga menghancurkan masa depan. Ingatlah, jauhi dadah demi kehidupan yang lebih baik dan selamat.

pil kuda

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas