Connect with us

Oh! Media

CCTV Dedah Dadah Dibawa Masuk Oleh Orang Lain, Eda Ezrin Dan 5 Rakan Akhirnya Bebas

Ohmedia eda ezrin narathiwat

Trending

CCTV Dedah Dadah Dibawa Masuk Oleh Orang Lain, Eda Ezrin Dan 5 Rakan Akhirnya Bebas

Eda Ezrin dibebaskan dari penjara Thailand selepas tiada bukti kaitkan dirinya dengan kes pil methamphetamine.

Penyanyi dikir barat yang ditahan atas dakwaan memiliki 6,059 pil kuda akhirnya dibebaskan hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, Eda Ezrin termasuk suami dan empat rakannya yang lain akhirnya terbukti tidak bersalah selepas 9 bulan meringkuk di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand.

Tiada bukti kukuh, CCTV dedah tertuduh bukan pemilik dadah

Pembebasan itu dibuat selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat mendapati tiada bukti kukuh yang mengaitkan dia dan lima individu lain dengan pemilikan dadah yang ditemui di sebuah bilik hotel di Sungai Kolok pada November tahun lalu.

IKLAN
Eda Ezrin

Kesemua mereka sebelum ini didakwa atas tuduhan pemilikan dadah, namun rakaman CCTV menunjukkan dadah tersebut dibawa masuk oleh tiga individu lain yang tidak termasuk dalam kalangan tertuduh.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati kesemua tertuduh bersalah atas tuduhan penggunaan dadah dan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan serta denda sebanyak 4,000 baht setiap seorang.

Hukuman itu dianggap telah dilunaskan kerana mereka telah ditahan sejak November lalu dan menunjukkan tingkah laku baik sepanjang tempoh tahanan.

Pssttt! Bukan mudah untuk lalui detik hitam seperti ini. Tapi akhirnya, kebenaran terbukti dan Eda kini bebas. Semoga dia dapat kembali dengan semangat baharu dan terus mewarnai dunia seni.

Kredit: Astro Awani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas