Oh! Artis
Media Thailand Dedah Wajah Penyanyi Malaysia Ditangkap Miliki 6,000 Pil Kuda
Baru-baru ini, berita penangkapan seorang penyanyi wanita Malaysia bersama lima lelaki warga tempatan di sebuah hotel di Golok, Thailand, menjadi perhatian ramai. Mereka didakwa memiliki sejumlah 6,000 pil kuda pada 1 November lalu.
Walaupun media tempatan masih menyembunyikan identiti suspek, media Thailand seperti Bangkok Post sudah menyiarkan wajah-wajah mereka yang kini ditahan reman selama tiga bulan di Narathiwat.
Penyanyi Malaysia didakwa terlibat dalam pengedaran dadah

Menurut laporan Bangkok Post, kesemua suspek disahkan positif dadah dan dipercayai berniat untuk mengedar dadah jenis methamphetamine di Thailand.
Tambahan pula, siasatan polis mendapati dua daripada mereka memasuki negara itu tanpa dokumen yang sah apabila pasport mereka tidak dicop oleh imigresen.
Media Thailand dedah identiti penyanyi Malaysia
BACA: Komposer Eddie Hamid Sedih Lihat Lagu ‘Bea Soba Bea’ Diserang Gara-Gara Kes Dadah Penyanyi
Penahanan ini bukan sahaja menggemparkan Malaysia tetapi juga memberi tekanan kepada imej selebriti tanah air. Masyarakat kini menanti penjelasan lanjut dari pihak berkuasa mengenai isu ini dan berharap agar kes seperti ini tidak menjejaskan reputasi negara.
#OhmediaNasihat
Jangan ambil risiko yang boleh merosakkan hidup. Ingat, sekali tersilap langkah, penyesalan sepanjang hayat.
