Connect with us

Oh! Media

Eda Ezrin, Suami Dan Empat Rakan Bebas Miliki Pil Kuda

Ohmedia eda ezrin suami bebas

Oh! Artis

Eda Ezrin, Suami Dan Empat Rakan Bebas Miliki Pil Kuda

Nasib penyanyi dikir barat popular Kelantan, Eda Ezrin, yang ditahan di Thailand sejak hampir empat bulan lalu akhirnya terjawab.

Memetik laporan Sinar Harian, Eda, suami dan empat rakan mereka didapati bebas memilik pil kuda.

Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand, membebaskan mereka daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda. Keputusan ini diumumkan selepas hampir empat bulan mereka ditahan sejak 1 November tahun lalu.

IKLAN

Mereka hanya didapati bersalah mengambil dadah…

Image

Bagaimanapun, mereka didapati bersalah atas kesalahan mengambil dadah dan dijatuhi hukuman penjara kurang enam bulan serta denda kurang RM1,000.

Memandangkan mereka telah ditahan hampir empat bulan, mahkamah mempertimbangkan tempoh tahanan tersebut dan membenarkan pembebasan lebih awal selepas denda dibayar. Mereka juga dibebaskan kerana berkelakuan baik.

Dalam pada itu, Erdeka dan Zuhaira yang turut didakwa atas pertuduhan memasuki Thailand tanpa dokumen dikenakan denda RM526.

Eda Ezrin dan lima rakan menangis…

Image

Memetik laporan sumber yang berada di lokasi, Eda Ezrin dan lima rakan lain menangis dan berpelukan di kandang tertuduh sebaik sahaja hakim memutuskan keputusan untuk membebaskan mereka.

#ApaKataOhmedia

Pembebasan Eda Ezrin dan suaminya daripada tuduhan memiliki pil kuda pastinya melegakan keluarga dan peminat. Namun, pengakuan mereka mengambil dadah seharusnya dijadikan pengajaran.

Semoga selepas ini, mereka lebih berhati-hati dalam memilih pergaulan dan menjauhi aktiviti yang menyalahi undang-undang. Kepada semua, ingatlah bahawa penglibatan dalam penyalahgunaan dadah bukan sahaja merosakkan diri sendiri tetapi juga mencemarkan nama baik keluarga dan masyarakat.

Ohmedia eda ezrin suami bebas

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas