Connect with us

Oh! Media

Penyanyi ‘Bea Soba Bea’ Ditahan Di Thailand: Keluarga Tak Mampu Bayar Peguam RM1 Juta

Ohmedia bea Soba Bea

Trending

Penyanyi ‘Bea Soba Bea’ Ditahan Di Thailand: Keluarga Tak Mampu Bayar Peguam RM1 Juta

Penyanyi dikir terkenal dari Kelantan yang ditahan di Thailand mengaku menerima tawaran dua khidmat peguam dari sana untuk membantunya.

Namun, dia dikenakan yuran guaman mencecah lebih RM1 juta (10 juta baht) setiap seorang. Lapor Harian Metro, keluarganya terpaksa menolak tawaran tersebut disebabkan tidak berkemampuan.

Keluarga penyanyi dikir tak mampu bayar peguam RM1 juta

Penyanyi Dadah

Difahamkan, tawaran itu dibuat peguam Thailand pada bulan lalu. Kini keluarganya sedang mengumpulkan wang untuk membayar peguam lain juga dari Thailand.

IKLAN

Saya sedar ramai yang cuba mengambil kesempatan atas keadaan saya, tetapi keluarga saya tidak mampu untuk membayarnya.

Ketika lawatan media Malaysia ke penjara daerah Narathiwat itu, penyanyi ini menafikan layanan yang diberikan kepada mereka tidak baik.

Penyanyi dikir nafi khabar angin, layanan penjara baik-baik je

Pil Kuda

Malah, dia sebagai Muslim boleh menjalankan ibadah seperti biasa. Selain melakukan solat harian, mereka juga dibenarkan melakukan solat khas setiap hari.

Dalam pada itu, dia berharap peminat-peminatnya tidak mempercayai semua cerita negatif tentang dirinya.

Malah, dia juga mengharapkan ada keajaiban berlaku dan diterima kembali jika kembali ke dunia hiburan.

Jelas penyanyi ini lagi, keluarga dari Kelantan dibenarkan melawatnya seminggu sekali di penjara. Kali terakhir keluarga hadir adalah pada Khamis lalu.

Menurut Harian Metro, semasa lawatan yang dibuat penyanyi dikir ini ditemani dua rakannya yang ditangkap bersamanya dan tiga lelaki Malaysia lain, termasuk suaminya.

Rakannya mengakui turut menerima tawaran peguam Thailand tetapi tidak berkemampuan. Mereka memilih untuk menggunakan khidmat guaman percuma yang ditawarkan kerajaan Thailand.

#OhmediaNasihat

Kisah ni beri pengajaran penting supaya kita sentiasa berjaga-jaga dengan setiap tindakan yang diambil. Dalam masa yang sama, sokongan daripada keluarga dan doa adalah kekuatan utama bila kita hadapi dugaan besar macam ni.

Ohmedia bea Soba Bea

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas