Connect with us

Oh! Media

Pernah Hilang ‘Mood’ Di Rumah, Namie Tak Menyesal Berhenti Cikgu Untuk Jadi Artis

Namie Ubi

Oh! Artis

Pernah Hilang ‘Mood’ Di Rumah, Namie Tak Menyesal Berhenti Cikgu Untuk Jadi Artis

Pelawak berpotensi besar, Namie pada Mac tahun lalu membuat keputusan mengejutkan ramai apabila berhenti jadi cikgu dan fokus kepada kerjaya seni.

BACA: Berhenti Cikgu Sejak Mac Lalu, Namie Nafi Tak Sayang Pencen Dan Kerja Kerajaan

Pejam celik pejam celik, nampaknya dah setahun Namie berhenti mengajar kan? Ada juga yang tanya Namie tak menyesal ke buat keputusan berhenti cikgu? Ini jawapannya.

IKLAN

Namie pernah terbawa emosi ke rumah

Namie Ubi

Tiada istilah lebih baik bergelar guru saja selepas memilih jalan (dunia seni)  ini. Bagi yang masih berkhidmat mereka adalah seorang ‘fighter’, saya tidak mampu melakukannya. 

Kata Namie, dia membuat pilihan yang tepat iaitu fokus kepada kerjaya seni kerana menjadi guru hari ini amat mencabar. Sebelum ini, pelawak ini juga pernah terbawa-bawa emosi hingga ke rumah seperti hilang ‘mood’ di rumah, sukar tidur dan macam-macam lagi.

Jadi untuk rasa menyesal itu tiada. Sehingga hari ini saya masih menghubungi rakan-rakan guru serta anak murid saya. Malah mereka juga selalu masuk ‘live’ saya.

Jadi, lebih baik dia berhenti je daripada terus berkhidmat demi menjaga kesihatan mentalnya.

Terdahulu, kumpulan Ubi menepati ramalan para peminat apabila dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar musim ketiga.

Kumpulan dianggotai oleh pelawak Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 150,000.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas