Connect with us

Oh! Media

Berhenti Cikgu Sejak Mac Lalu, Namie Nafi Tak Sayang Pencen Dan Kerja Kerajaan

Oh! Artis

Berhenti Cikgu Sejak Mac Lalu, Namie Nafi Tak Sayang Pencen Dan Kerja Kerajaan

Menepati ramalan ramai, kumpulan Ubi malam tadi telah dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3). Kumpulan yang dianggotai Fad, Sharif dan Namie ini membawa pulang trofi serta hadiah wang tunai berjumlah RM150,000.

ADVERTISEMENT

Memang layak juara pun kan? Persembahan kumpulan Ubi setiap minggu tak pernah mengecewakan. Ada je punchline kelakar yang membuatkan penonton serta juri terhibur.

Memetik laporan Media Hiburan, Namie yang sebelum ini seorang cikgu rupanya sudah berhenti khidmat sejak Mac lalu. Jelas Namie, keputusan yang diambil itu tiada kena mengena dengan MLS3 yang disertainya.

Pertama sekali saya memohon maaf kerana merahsiakan perkara sebenar. Saya tolak tepi segala tohmahan yang mengatakan saya tak sayang pencen dan kerjaya kerajaan.

Jangan salah anggap, saya bukan berhenti kerana MLS3. Saya berhenti sejak Mac lagi.

Namie yang merupakan personaliti media sosial ini mendedahkan dia mahu mengejar impian dalam bidang seni yang menjadi cita-citanya sejak kecil.

Dia terpaksa merahsiakan keputusan itu kerana tidak mahu mental dan privasinya terganggu.

Jelasnya, salah satu sebab dia berhenti guru kerana tidak mahu mencalarkan imej profesion itu. Malah, sewaktu dia putuskan mahu berhenti, dua pegawai Kementerian Pendidikan datang berjumpanya.

Saya katakan kepada mereka, kalaulah satu hari nanti saya mencalarkan imej profesionalisme perguruan, adalah pihak tuan akan suka?

Jadi mereka hormati keputusan saya.

Untuk makluman ramai, Namie aktif di media sosial ketika masih bergelar guru dan dia tidak mahu content yang dihasilkannya akan mencalarkan nama baik kerjaya itu.

Apa-apa pun selamat maju jaya buat Namie. Namie pun berbakat besar mesti ada rezeki dalam bidang ini kan?

Kredit: Media Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas