Connect with us

Oh! Media

Ippo Hafiz Fail Nusyuz, Rupanya Isteri Dah 4 Bulan Tak Balik Rumah

Ippo Hafiz

Oh! Artis

Ippo Hafiz Fail Nusyuz, Rupanya Isteri Dah 4 Bulan Tak Balik Rumah

Penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz hari ini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Ampang bagi sebutan pertama kes nusyuz yang difailkan terhadap isterinya, Fara Roslan. 

ADVERTISEMENT

Menurut laporan mStar, penyanyi itu membuat tuntutan itu selepas isterinya tidak pulang ke rumah mereka sejak November tahun lepas.

Saya memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isteri saya kerana isteri saya keluar dari rumah tanpa izin dari November tahun lalu.

Pelbagai usaha sudah dilakukan daripada pihak saya, jadi ini adalah satu langkah yang perlu saya buat sebagai suami.

Isteri kepada Ippo pula tidak hadir ke mahkamah bagi sebutan pertama kes dan penyanyi itu minta orang ramai doakan agar urusannya dipermudahkan.

Siapa yang nak diuji begini? Saya pun tidak sangka, kami akan pergi sejauh ini. Sebagai seorang suami memang saya tak jangka saya akan lalui semua ini.

Saya mohon agar semuanya dipermudahkan dan akan berjalan dengan lancar. Saya memang tak boleh berkongsi apa yang berlaku kerana ini membabitkan nama baik keluarga.

Bukan tu jer, peguam yang mewakili Ippo juga berkata yang isterinya sebelum ini juga telah memfailkan cerai.

Bila kami mahu failkan hak penjagaan anak anak baru-baru ini, kita dapat maklumat pihak sana failkan cerai dan hadanah.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas