Connect with us

Oh! Media

“Perit Kehilangan Tu Sangat Dasyat” – Sharnaaz Ahmad Mohon Hargai Ibu Bapa Selagi Masih Ada

Ohmedia sharnaaz Ahmad 2

Oh! Artis

“Perit Kehilangan Tu Sangat Dasyat” – Sharnaaz Ahmad Mohon Hargai Ibu Bapa Selagi Masih Ada

Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad berkongsi rasa perit kehilangan ayahnya, Allahyarham Datuk Basir Ahmad.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Sharnaaz menasihati orang ramai supaya menghargai ibu bapa selagi mereka masih ada di sisi.

“Perit kehilangan itu sangat sangat dasyat” – Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz Ahmad

Pelakon ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan takziah serta mendoakan arwah ayahnya.

IKLAN

Selebriti ini memohon maaf tidak dapat membalas semua pesanan mesej yang diterimanya itu.

Hargailah ibu bapa sementara masih ada

Sementara itu, Sharnaaz meluahkan rasa sunyi yang mendalam selepas kehilangan insan tersayang. Katanya, semasa hidup kadang kala soalan berulang dan leteran ibu bapa membuatkan anak-anak sakit kepala.

Tetapi katanya, bayangkan jika semua itu sudah tiada dan tidak dapat diulang kembali, ianya pasti lebih menyakitkan.

Sharnaaz 2

Dia menyeru orang ramai untuk menghargai segala detik bersama ibu bapa, “Hargailah ya kawan-kawan” katanya penuh emosi.

#OhmediaNasihat

Kehilangan insan tersayang adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, tetapi kita boleh mengelak rasa sesal dengan menghargai mereka selagi masih hidup. Hargai setiap detik bersama ibu bapa walaupun ia mungkin kecil. Kehadiran mereka adalah anugerah yang tiada gantinya.

Ohmedia sharnaaz Ahmad 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Sharnaaz Ahmad


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas