Connect with us

Oh! Media

Penampilan Terbaru Syamsul Yusof Undang Perhatian Netizen, Nampak Sedih?

Untitled Design   1

Oh! Artis

Penampilan Terbaru Syamsul Yusof Undang Perhatian Netizen, Nampak Sedih?

Baru-baru ini tukar di media sosial satu video menunjukkan keadaan pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang dikatakan nampak sedih. Biar betul?

Kalau korang tengok video tu, Syamsul yang berambut pendek serta lebih kemas dilihat bergambar dengan seorang kanak-kanak lelaki.

Pengarah berusia 39 tahun itu juga sempat menasihatkan kanak-kanak yang dikenali sebagai Zarriel itu untuk belajar bersungguh-sungguh di sekolah serta menjaga bapanya.

IKLAN

Kalau korang tengok ruangan komen, ada netizen mendakwa Syamsul kini sedang ‘berubat’ namun tidak diketahui atas sebab apa.

Ada juga warga maya yang mengatakan bahawa riak wajah bekas suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana itu sedikit sedih dan semakin kurus.

Sol nampak sedih air muka tu. Moga back to the old Shamsol.

Mengimbas kembali, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah Liyana mula berantakan setelah hadirnya orang ketiga iaitu Ira Kazar yang kini sudah sah menjadi isteri kepada pengarah itu.

Syamsul dan Puteri Sarah akhirnya bercerai pada pertengahan Jun lalu dan turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan mereka yang terdahulu.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas