Connect with us

Oh! Media

Siti Nurhaliza & Sheikh Muszaphar Berada Kedudukan Teratas Dalam ‘World Most Admired’

ohmedia tokti muszapharjpeg

Oh! Artis

Siti Nurhaliza & Sheikh Muszaphar Berada Kedudukan Teratas Dalam ‘World Most Admired’

Syukur Alhamdulillah. Ohmedia rasa seronok apabila melihat nama penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berada dalam World’s Most Admired untuk kategori Malaysia pada kedudukan teratas yang dikeluarkan oleh portal YouGov.

Portal tersebut mengumpulkan pencalonan terbuka bagi World Most Admired yang bermula pada bulan Januari sehingga Mac lalu dari panelis di 42 negara dan wilayah seluruh dunia.

Berdasarkan carta dalam portal itu, Tokti meraih 18.83% admiration score bagi kategori wanita di 42 negara dan wilayah di seluruh dunia. Manakala angkasawan negara pula meraih 10.64% admiration score bagi kategori lelaki.

IKLAN

Walaubagaimanapun, Tokti meluahkan rasa syukur dengan keputusan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu penghargaan orang ramai pada dirinya.

Alhamdulillah, saya tak menjangka dan tak terfikir pun benda macam ini. Tapi, apabila ada keputusan menggembirakan, saya bersyukur. Saya rasa ini satu penghargaan orang pada saya. Ini semua hasil undian mereka kan.

Insya Allah, saya akan terus memberikan contoh dan hasil kerja terbaik, supaya apa saya tonjolkan memberi manfaat kepada orang lain. Itu yang saya nak mereka nampak dan hargai. Terima kasih pada semua yang sudah menghargai saya sepanjang saya bergelar anak seni. – Kata Tokti.

Sementara itu, ini pula reaksi Sheikh Muszaphar.

I’m humbled, I’m honourd. Thank you so much. Love always. – Tulisnya.

Wah! Tahniah dan semoga kekal menjadi seorang idola dan sentiasa memberi inspirasi kepada orang lain.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas