Connect with us

Oh! Media

Pelakon Lelaki Terkenal Hamilkan Pelajar Wanita, Konon Nak Bertanggungjawab Tapi ‘Cabut’ Lepas Minta Gugurkan Kandungan

Oh! Artis

Pelakon Lelaki Terkenal Hamilkan Pelajar Wanita, Konon Nak Bertanggungjawab Tapi ‘Cabut’ Lepas Minta Gugurkan Kandungan

Seorang pelakon lelaki terkenal didakwa melakukan bersetubuhan dengan seorang pelajar universiti sehingga menyebabkan wanita berusia 21 tahun itu hamil. Biar betul?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, wanita itu mendakwa yang dirinya terpaksa tanggung kesakitan akibat jangkitan di bahagian rahim selepas menggugurkan kandungan itu pada Oktober lepas.

Saya ikut segala permintaannya untuk menggugurkan kandungan selepas memujuk saya berulang kali.

Pada awalnya, pelakon lelaki itu berjanji akan jaga dirinya sehabis baik apabila dia menggugurkan kandungan tapi lepas jer tunaikan, langsung hilang dan tidak mahu bertanggungjawab. Pulak dah!

Saya sanggup menarik semula laporan polis dan menggugurkan kandungan selepas termakan segala pujuk rayunya yang konon mahu menjaga saya sebaik menggugurkan kandungan.

Dia turut berjanji untuk mengahwini saya walaupun harapan untuk hamil lagi agak susah kerana mengambil ubat gugur janin.

Malangnya kata-kata manis yang diberikan itu hanya untuk melepaskan diri dan tidak mahu bertanggungjawab sedangkan saya sekarang terpaksa berulang-alik ke hospital kerana mengalami jangkitan pada alat kelamin.

Saya hanya mengetahui masalah ini dua minggu lalu selepas doktor memberitahu proses pengguguran melalui pil gugur janin yang saya ambil tidak berkesan sepenuhnya. Ada janin yang masih berada di dalam badan.

Bukan tu jer, wanita itu juga memberitahu yang dia mendedahkan segala hal ini bukan untuk diperisterikan pelakon lelaki itu.

Saya tak nak pun kahwin dengan dia. Saya hanya ingin dia menjadi seorang yang bertanggungjawab dan ada sifat perikemanusiaan.

Cuma ketika saya sedang berada pada fasa terendah dalam hidup saya sekarang ini, setidak-tidaknya tanyalah khabar dan beri sokongan serta selesaikan masalah ini secara baik.

Namun saya pula kena tanggung kesakitan seorang diri, sementara dia seronok menikmati kehidupan seperti tiada apa yang terjadi.

Saya mahu dia menerima balasan yang setimpal. Biarlah saya dan dia diheret ke muka pengadilan atas kesalahan yang kami lakukan. Saya mahu dia belajar daripada pengajaran ini, bukan bebas dan menjalani kehidupan dengan penuh bahagia.

Korang rasa siapa pelakon lelaki itu? Kalaulah betul apa yang didakwa wanita ini, harap pelakon itu bertanggungjawab lah ya. Jangan dah sedap terus ‘cabut’!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas