Oh! Artis
Pelakon Lelaki Berbadan Sado Ini Tergamak Tumbuk Mata Dan Badan Teman Wanita Sebab Ini
Seorang pelakon lelaki berbadan sado yang pernah berlakon dalam sebuah filem box-office tergamak membelasah kekasihnya di sebuah kondominum di Damansara semalam. Apa kes ni?
Menurut laporan Harian Metro, pada awalnya pelakon itu menghubungi kekasihnya untuk berjumpa sebelum bertengkar pada lebih kurang jam 3.30 pagi.
Pelakon itu didakwa memukul mata dan badan kekasihnya itu dalam kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya sebelum wanita itu membuat laporan polis.
Pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6 petang dan perkara itu dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismail.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.
Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara kira-kira jam 4 pagi.
Kemudian mangsa terus masuk ke dalam kereta yang dipandu teman lelakinya itu.
Tiba-tiba teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM