Connect with us

Oh! Media

Pelakon Dan Penyampai Radio Popular Bakal Nikah? Netizen Dah Mula Buat Teka-Teki!

Ohmedia pengantin

Oh! Artis

Pelakon Dan Penyampai Radio Popular Bakal Nikah? Netizen Dah Mula Buat Teka-Teki!

Pereka fesyen dedah pelakon dan penyampai radio bakal nikah tak lama lagi. Netizen mula berteka-teki!

Heboh di Threads khabar angin mengenai seorang selebriti terkenal yang dikatakan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi!

Siapa sangka, pendedahan kecil dari seorang pereka fesyen cukup untuk membuat netizen tak senang duduk.

“Initial jawi disulam pada veil”

Nikah

Menerusi perkongsian itu, pereka fesyen dikenali sebagai Halim Asmuni telah memuat naik satu teaser busana pengantin yang bakal digunakan oleh seorang selebriti wanita.

IKLAN

Menariknya, busana tersebut akan dihiasi dengan sulaman tulisan jawi iaitu satu elemen klasik yang makin menjadi trend dalam dunia fesyen pengantin.

Pengantin perempuan HA kali ini seorang pelakon dan penyampai radio.

Siapakah pengantin tu?

Nikah

Tidak mendedahkan siapakah gerangan pengantin tersebut, pereka fesyen ini memaklumkan berita gembira itu akan dikongsi apabila tiba masanya.

Sudah sampai masanya nanti HA akan beritahu ya.

Bukan itu je, pereka fesyen tersebut turut menulis bahawa dia tidak sabar untuk memperlihatkan busana nikah yang direka khas itu kepada semua.

Tak sabar nak tunjuk dress nikah ni dekat awak semua.

Perkongsian ini ternyata mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat dan netizen yang tidak henti-henti membuat tekaan berdasarkan ‘initial’ tulisan jawi yang dikongsikan.

Ada yang merujuk kepada nama-nama selebriti popular tanah air yang kebetulan sepadan, namun identiti sebenar masih kekal rahsia.

Pssttt! Wow! Siapalah gerangan pengantin tu ye? Apa-apa pun semoga majlis nikah ini dipermudahkan.

Kredit: Threads Halim Asmuni
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas