Oh! Artis
“Patut Pun Shuib Kaya” – Beri Sedekah Pada Budak Jual Kerepek, Shuib Dipuji Netizen
Sebut sahaja nama Shuib, pasti ramai yang kenal dengan pelawak yang juga merupakan usahawan berjaya ni.
BACA: “Alhamdulillah, Dah Siap Rumahnya Sayang” – Shuib Tunaikan Hajat Arwah Siti Sarah
Shuib juga dikenali sebab sikpanya yang tidak pernah kedekut untuk mengeluarkan duit membantu mereka yang memerlukan.
Beri sedekah pada budak jual kerepek senyap-senyap
Terbaru, tular satu video dimuat naik malaysianupdatenews memaparkan Shuib yang sedang menjamu selera bersama pembantu peribadinya di sebuah gerai makan.
@malaysianupdatenews Terbaik Shuib 👍👍 #malaysianupdate #videoviral ♬ Tiara – Raffa Affar
Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang kanak-kanak yang sedang menjual kerepek menghampiri Shuib ketika dia sedang makan.
Simpati dengan keadaan kanak-kanak yang masih kecil itu, Shuib terus menghulurkan sejumlah wang kepada kanak-kanak tersebut sebagai tanda sedekah.
Sebab itu rezeki Shuib murah
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Shuib yang tidak pernah menunjuk-nunjuk dalam bersedekah.



Kredit: TikTok malaysianupdatenews
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM