Connect with us

Oh! Media

“Alhamdulillah, Dah Siap Rumahnya Sayang” – Shuib Tunaikan Hajat Arwah Siti Sarah

shuib sepahtu siti sarah raisuddin bubblebee

Oh! Artis

“Alhamdulillah, Dah Siap Rumahnya Sayang” – Shuib Tunaikan Hajat Arwah Siti Sarah

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu berkongsi rasa gembiranya apabila berjaya untuk membantu membina dua buah rumah untuk keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Kelantan pada Februari 2021 yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ibu Mesti Tersenyum” – Shuib Luah Rasa Bangga, Uwais Juara Kejohanan Golf ‘Junior’

13 Februari 2021 yang lalu, dua buah keluarga terlibat dengan kebakaran sehingga mengakibatkan mereka kehilangan tempat untuk berteduh.

Insan paling bersemangat

Shuib melalui perkongsiannya di Instagram menyatakan bahawa arwah isterinya, Siti Sarah merupakan insan yang paling bersemangat untuk membantu dua keluarga yang terlibat dengan kebakaran tersebut.

Alhamdulillah harini Daddy dan team @bubblebeemalaysia_hq akan ke Bachok Kelantan utk penyerahan kunci.

Melalui perkongsiannya itu lagi, Shuib turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Bubblebee Malaysia atas bantuan yang diberikan dalam merealisasikan hasrat Allahyarham Siti Sarah untuk membina dua buah rumah bagi membantu keluarga yang terlibat.

Kredit: Instagram Shuib

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas