Connect with us

Oh! Media

“Orang Judge Sebelah Pihak Je” – Uqasha Rupa-Rupanya Dah Setahun Bersabar Demi Anak

Ohmedia kamal Adli Uqasha

Oh! Artis

“Orang Judge Sebelah Pihak Je” – Uqasha Rupa-Rupanya Dah Setahun Bersabar Demi Anak

Uqasha Senrose akui sudah lama bersabar demi anak sebelum nekad failkan cerai terhadap Kamal Adli.

Konflik antara pelakon, Uqasha Senrose dan Kamal Adli hangat diperkatakan apabila Uqasha menfailkan penceraian selepas tiga tahun berumahtangga.

Tindakan itu membuatkan netizen terkejut dan menasihati Uqasha supaya berdamai demi anak yang masih kecil.

BACA: “Adakah Sah Perkahwinan Ni?” – Uqasha Senrose Dedah Diri Dinikahkan Tanpa Pengetahuan Pada Tarikh Lain

IKLAN

Uqasha dah fikir keputusan cerai semasak-masaknya

Namun menurut Uqasha, tindakan cerai sudah difikirkan semasak-masaknya demi kebaikan dirinya dan anak.

Malah, Uqasha mengakui dia sudah setahun bersabar dan memberi peluang demi anak.

Difahamkan, Uqasha sempat membuat siaran langsung di TikTok selepas pulang daripada Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Namun, prosiding permohonan cerai itu ditangguhkan pada 28 Oktober kerana Kamal gagal hadir ke mahkamah.

Bersabar untuk anak? Kerana untuk anak itu lah sudah setahun saya bersabar.

Dalam siaran langsung itu, Uqasha juga berkata, orang ramai hanya menghukum daripada sebelah pihak. Apabila dia cuba bersuara dan berlaku jujur, dirinya pula menjadi mangsa kritikan.

Pssttt! Dalam setiap rumah tangga, hanya pasangan itu sendiri tahu apa yang mereka hadapi. Kadang-kadang, kesabaran pun ada hadnya. Oh! Media harap Uqasha terus kuat demi anak dan masa depannya. Moga kedua-dua pihak menemui ketenangan selepas ini.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas