Oh! Artis
Nubhan Jelaskan Isu Rumah Di Dengkil, Mengaku Sewa Rumah Lepas Hadapi Masalah Rumah Tangga
Nubhan berkata, ada sebab mengasingkan diri.
Baru-baru ini, bekas isteri kepada Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mendakwa tidak tahu mengenai kewujudan rumah milik Nubhan di Dengkil Selangor.
BACA: Isteri Nubhan Tak Tahu Suami Ada Rumah Di Dengkil, Ingat Milik Sepupu
Difahamkan, rumah itu menjadi punca mengapa kes penceraian pasangan ini difailkan di Sepang dan bukannya di Seremban, tempat kediaman asal pasangan berkenaan.
“Rumah itu saya tak beli tapi sewa”

Terbaru, Nubhan ketika ditemubual mStar menjelaskan, rumah tersebut bukan miliknya tetapi hanya disewa selepas dia membuat keputusan untuk tinggal berasingan demi menjaga keharmonian keluarga.
Menurut Nubhan, keputusan itu diambil sebagai langkah terbaik untuk mengelakkan pertengkaran antara mereka dilihat oleh anak-anak.
Disebabkan apa yang berlaku, saya perlu asingkan diri. Saya tak mahu apabila kami bergaduh, ia dilihat oleh anak-anak. Saya juga tak sanggup melihat mereka bersedih kerana boleh tinggalkan perkara buruk dalam ingatan.
Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia ini berkata lagi, dia mahu menjaga emosi anak-anak dan membuat keputusan keluar rumah supaya keadaan dapat dikawal dengan baik.
Pssttt! Walaupun isu ini masih dalam proses mahkamah, semoga kedua-dua pihak dapat menemui jalan penyelesaian terbaik tanpa menjejaskan anak-anak yang menjadi keutamaan mereka.
Kredit:mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.