Connect with us

Oh! Media

Nubhan Akhirnya Bersuara Isu Rumah Tangga, Tepis Dakwaan Isteri Tak Tahu Punca Diceraikan

Ohmedia cerai Nubhan

Oh! Artis

Nubhan Akhirnya Bersuara Isu Rumah Tangga, Tepis Dakwaan Isteri Tak Tahu Punca Diceraikan

Nubhan berkata, mereka pernah berjumpa pakar rumahtangga.

Penyanyi dan usahawan, Nubhan menafikan dakwaan isterinya tidak tahu punca sebenar diceraikan.

Memetik laporan mStar, Nubhan berkata, keputusan untuk berpisah bukan dibuat secara tergesa-gesa dan sudah dibincangkan banyak kali sebelum ini.

“Dia dakwa tak tahu punca diceraikan, itu tak mungkin”

Nubhan

Menurut Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, dia juga pernah berjumpa bapa mentua menceritakan masalah yang dihadapi.

IKLAN

Selain daripada itu, dia juga telah membawa isteri berjumpa pakar rumahtangga namun hubungan tidak berjaya dipulihkan.

Saya dah pernah berbincang perkara ini banyak kali. Saya juga dah berjumpa bapanya bercerita tentang masalah yang berlaku serta pernah bawa dia berjumpa pakar rumah tangga.

Jadi, Nubhan merasakan dakwaan isteri tidak tahu punca adalah tidak wajar. Dia bagaimanapun, tidak mahu mendedahkan lebih lanjut kerana bimbang perkara tidak baik keluar.

Kami pernah tinggal bersama selama 10 tahun, jadi biarlah saya simpan semua kisah ini.

“Saya dah cuba bertahan selama 10 tahun”

Nubhan

Mengulas mengenai kenyataan isterinya yang masih berharap dapat berdamai, Nubhan menjelaskan dia sudah berusaha mempertahankan rumah tangga mereka selama sedekad.

Saya cuba bertahan selama 10 tahun dan bukan tidak pernah cuba untuk perbaiki hubungan. Jadi saya tidak mahu komen tentang isu berbaik itu. Tempoh 10 tahun bukan sekejap. Memikirkan soal anak antara sebab kami bertahan. Namun apa yang telah dilalui biarlah kami sahaja tahu.

Nubhan menerima takdir bahawa jodoh mereka setakat itu sahaja. Dia bersyukur dengan apa yang berlaku dan selama bersama Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, dia tidak pernah gagal melaksanakan tanggungjawab dan memberikan kasih sayang sepenuhnya.

Untuk rekod, Nubhan telah memfailkan pengesahan lafaz cerai yang berlaku di luar mahkamah pada 26 Ogos lalu. Pasangan ini juga pernah bercerai pada tahun 2017 sebelum kembali rujuk dalam tempoh idah tanpa pengesahan lafaz cerai dibuat ketika itu.

Pssttt! Perpisahan bukan sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi selepas 10 tahun bersama. Apa pun, semoga kedua-dua pihak terus kuat dan dapat mencari kebahagiaan masing-masing selepas ini. Kadang-kadang, perpisahan bukan pengakhiran, tapi permulaan untuk ketenangan baru.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas