Oh! Artis
Netizen Sindir Atikah Suhaime Macam ‘Bibik’, Kahwin Orang Kaya Tapi Kena Masak
Netizen sindir Atikah Suhaime “macam bibik” sebab rajin masak di rumah.
Pelakon Atikah Suhaime baru-baru ini menarik perhatian netizen selepas ada individu meninggalkan komen menyindirnya kerana sering berkongsi video memasak untuk keluarga di rumah.
Individu berkenaan mempersoalkan Atikah yang dilayani seperti bibik walaupun berkahwin dengan orang kaya.
BACA: “Masing-Masing Macam Peti Sejuk 3 Pintu” – Atikah Suhaime ‘Sound’ Netizen Tegur Makan Ikan Pari
Namun, Atikah tidak berdiam diri. Dengan nada tenang tapi pedas, beliau bertanya semula, adakah cef di restoran dipanggil bibik hanya kerana memasak untuk pelanggan.
“Kahwin orang kaya tapi kena masak pula”

Balasan itu terus mencuri perhatian ramai dan dihujani ribuan tanda suka kerana dianggap sinis tapi penuh makna.

Di ruangan komen lain, netizen mempertahankan Atikah menyatakan seorang isteri pasti mahu memberikan yang terbaik untuk keluarganya.
Tiada istilah bibik ke pembantu rumah ke kalau buat dengan penuh kasih dan sayang kan?
Pssttt! Kadang-kadang orang mudah salah tafsir bila nampak wanita kaya turun dapur, padahal itulah bukti keikhlasan dalam rumah tangga. Respon Atikah memang padu, cukup sopan tapi kena tepat pada tempatnya!
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.