Connect with us

Oh! Media

Netizen Kecam Mark Adam Jual Set Sate 3 Cucuk Dan Air RM21, Tuan Badan Tampil Beri Penjelasan

mark adam

Oh! Artis

Netizen Kecam Mark Adam Jual Set Sate 3 Cucuk Dan Air RM21, Tuan Badan Tampil Beri Penjelasan

Penyanyi terkenal, Mark Adam tampil membuat penjelasan selepas menerima reaksi negatif daripada netizen mengenai harga makanan yang dijualnya di festival makanan.

Difahamkan, untuk set sate ayam ianya dijual dengan harga RM19.90, sate daging RM21.90 dan sate kambing RM24.90.

IKLAN

Untuk harga berkenaan, pelanggan akan mendapat 3 cucuk sate bersaiz besar dan air blue lemon.

“Boleh tahan harganya” – Netizen

https://twitter.com/ricxxxkiddo/status/1874362676006314091

Netizen berpendapat ianya sangat mahal dan cekik darah seperti Israel. Namun, menurut Mark Adam ianya berpatutan berdasarkan kos yang dikeluarkan untuk menghasilkan sate bhalut tersebut.

Penjelasan Mark Adam, terangkan satu persatu mengenai modal

Menurutnya, tiga cucuk sate daging bersama air dijual dengan harga RM21.90. Bagi secucuk sate adalah 30 gram sebelum dibalut dengan kulit popiah.

Jom kita kira sekarang macam mana capital saya. Saya masih belajar dan saya nak awak tahu situasi saya. Sate saya guna daging premium, kita ambil dari kilang yang establish. Kilang ini hantar sate ke 5 star hotel, 3 star restoran dan dekat seorang cef selebriti yang sangat terkenal.

Modal yang digunakan untuk secucuk sate daging adalah RM2.50. Jadi untuk tiga cucuk daging modalnya adalah RM7.50.

Manakala untuk air pula, Mark Adam menggunakan bekas yang besar dan kuat. Anggaran kos untuk satu air adalah RM3 menjadikan kos setakat ini RM10.50 untuk satu set.

mark adam

Selebriti ini turut menerangkan mengenai kos tambahan seperti logistik, balutan sate yang menggunakan kulit popia serta kuah kacang termasuk gaji pekerja yang perlu dibayar.

Selain itu, pihaknya juga perlu membayar sewa tapak menjadikan modal untuk satu set sate daging adalah RM19.

Jadi, dengan harga RM21.90 pihaknya cuma menerima untung sebanyak RM2.90. Dia tidak mengambil untung yang besar sebaliknya mahu membuat jualan yang banyak.

Dia bagaimanapun tidak pernah memaksa sesiapa untuk membeli dan menjelaskan ada ‘tester’ disediakan di gerai jualannya.

Ujarnya lagi, selepas menceburi bidang perniagaan makanan dia mula memahami situasi sebenar yang dilalui para peniaga di luar sana.

#OhmediaNasihat

Dalam berniaga, kualiti dan kos perlu diambil kira. Kita sebagai pembeli, perlu memahami usaha dan modal yang digunakan oleh peniaga untuk memastikan produk berkualiti. Sebelum membuat tuduhan, cuba fahami situasi mereka dan hargai usaha keras mereka.

mark adam

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram Mark Adam


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas