Menerusi satu perkongsian di media sosial, pelakon terkenal Nora Danish mengingatkan tentang pentingnya memperbanyakkan istighfar dan bersedekah untuk menghindari muflis di akhirat.
BACA: Nora Danish Harap Dirinya Tidak Dianggap Terlalu Suci Ketika Dalam Perjalanan Hijrahnya
Dalam hantaran tersebut, Nora menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah berpesan supaya kita selalu beristighfar dan bersedekah, lebih-lebih lagi untuk menebus dosa yang dilakukan tanpa sedar.
Katanya, tabiat suka ‘membawang’ atau bercakap tentang orang lain boleh menjadi punca kita muflis di akhirat.
Cara sedekah untuk menggantikan kemaafan
Menurut Nora, sekiranya kita pernah menzalimi atau mengumpat seseorang dan sukar untuk meminta maaf secara langsung, ada cara lain untuk memperbaikinya.
Salah satunya ialah dengan berniat khusus ketika bersedekah:
“Ya Allah, sedekah ini aku khususkan kepada mereka yang aku zalimi, mereka yang berhak ke atas diriku.”
Ini adalah sebagai langkah untuk menebus kesalahan tanpa perlu bersemuka dengan individu yang telah kita umpati.
“Nak minta maaf setiap pada yang kita umpat memang tak logik la kan?”
Jelas Nora, secara logiknya, kita mungkin tidak sempat atau tidak tahu siapa yang telah menjadi mangsa umpatan kita sebelum ini.
Kadang kala orang yang tidak pernah berjumpa pun pernah menjadi mangsa umpatan kita sebelum ini kan?
Jadi, Nora Danish berpesan supaya banyakkan amalan bersedekah dan sentiasa bertaubat untuk mengelakkan muflis ketika di akhirat kelak.
#OhmediaNasihat
Dalam kehidupan seharian, tanpa sedar kita mungkin terlanjur kata atau mengumpat orang lain. Lebih-lebih lagi kini adanya aplikasi media sosial, semua di hujung jari je.
Semoga perkongsian Nora Danish ini boleh dijadikan pengajaran untuk semua supaya menghindari perbuatan tersebut.