Connect with us

Oh! Media

Nora Danish Harap Dirinya Tidak Dianggap Terlalu Suci Ketika Dalam Perjalanan Hijrahnya

Oh! Artis

Nora Danish Harap Dirinya Tidak Dianggap Terlalu Suci Ketika Dalam Perjalanan Hijrahnya

Pelakon terkenal Nora Danish, 43, yang kini tampil berhijab, menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat dan orang ramai.

Namun, dalam perjalanan hijrahnya, Nora mengakui ada perasaan khuatir apabila penampilannya sering dihakimi, sehingga ada yang melabelnya sebagai munafik.

IKLAN

Menurut Nora, atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, dia tidak mahu dilihat terlalu sempurna kerana takut akan tanggapan negatif apabila melakukan kesalahan.

Dalam proses penghijrahan, saya tak nak sangat orang nampak saya ini suci, alim. Itu yang paling saya takut sebab nanti apabila saya melakukan satu kesalahan orang akan menilai kita munafik dan sebagainya.- Katanya.

Nora Danish berusaha menjadi muslimah yang lebih baik

Sejak berhijab sekitar Jun tahun lalu, Nora kerap menghadiri majlis ilmu untuk memperbaiki diri. Pelakon filem Bukan Cinta Malaikat itu berkongsi bahawa keputusan berhijab dibuat atas kehendaknya sendiri tanpa desakan sesiapa.

Saya buat keputusan ini tanpa desakan atau paksaan sesiapa. Saya sendiri yang memilih untuk berhijab kerana usia saya pun bukan muda lagi.

Saya percaya setiap wanita yang belum berhijab pun pasti ada keinginan yang sama.- Tambahnya lagi.

Proses hijrah perlukan sokongan dan doa

Nora turut berterima kasih kepada mereka yang mengambil berat dan sentiasa mendoakannya agar terus istiqamah.

Walaupun menghadapi cabaran, Nora percaya perubahan ini adalah langkah penting dalam hidupnya. Dia meminta agar orang ramai terus menyokong dan mendoakan perjalanan hijrahnya.

#OhmediaNasihat

Perubahan ke arah kebaikan adalah satu perjalanan yang memerlukan keikhlasan dan kesabaran. Dalam proses hijrah, kita tidak boleh lari daripada ujian, terutama sekali pandangan orang sekeliling.

Namun, apa yang penting ialah niat kita untuk menjadi lebih baik dan mendekatkan diri kepada Allah.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas