Connect with us

Oh! Media

Nad Zainal Lega Babak Panas Dirinya Dalam Drama Ditayangkan Sebelum Mula Puasa

nad zainal

Oh! Artis

Nad Zainal Lega Babak Panas Dirinya Dalam Drama Ditayangkan Sebelum Mula Puasa

Seakan menjadi satu formula utama pula bagi seorang pengarah drama untuk memasukkan babak panas dalam penceritaan mereka sekarang ni. Selepas Zul Ariffin dan Erry Putra, sekarang muncul pula isu tentang pelakon wanita, Nad Zainal.

ADVERTISEMENT

BACA: Babak Panas Zul Ariffin Hanya Untuk Publisiti? Pengarah Drama Akhirnya Tampil Beri Penjelasan

Ini apabila Nad meluahkan rasa leganya apabila babak panas yang dilakonnya dalam drama Dendam Seorang Isteri ditayangkan sebelum mula puasa.

Sedar watak dipegang menjadi bahan kecaman…

nad zainal

Dalam drama ini Nad memegang watak antagonis yang dikenali sebagai Kirana. Oleh itu, sudah pasti penonton akan berasa benci dengan watak ini.

Saya sedar watak saya ini akan menjadi bahan kecama tetapi keterujaan saya untuk berlakon dalam drama ini melebihi daripada perasaan takut dengan pandangan orang itu.

Bagaimanapun, bila fikir Ramadan hendak menjelang tiba ini sedikit sebanyak kerisauan itu mesti lah ada. Saya lega kerana kebetulan babak yang ada scandalous dan panas itu bakan berakhir sebelum Ramadan iaitu sehingga episod 7 sahaja. – Jelasnya.

Drama ini sebenarnya diadaptasi daripada siri popular, Temptation Of Wife dan ia mendapat sambutan tontonan yang baik dari penonton.

Boleh dikatakan setiap episod ada babak bergaduh. Penat tu semestinya tetapi saya seronok kerana kita bersama pelakon yang boleh dianggap sebagai kawan.

Malah setiap hari kami siap berbincang nak tarik rambut macam mana dalam babak tu supaya drama itu lebih menarik. – Kata Nad.

Ini respon Nad tentang apa yang dilalui Zul Ariffin sekarang…

Nad turut sedar tentang kontroversi aksi panas yang menjadi viral sekarang ni. Nad bagaimanapun berpendapat situasi seperti itu berlaku mungkin disebabkan terlepas pandang dan keturajaan untuk berkongsi bahan promosi yang dibekalkan pihak produksi. Apapun, perkara itu perlu dijadikan iktibar kepada rakan-rakan dalam industri supaya lebih berhati-hati.

Kredit: Instagram | mStar online

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas