Connect with us

Oh! Media

Babak Panas Zul Ariffin Hanya Untuk Publisiti? Pengarah Drama Akhirnya Tampil Beri Penjelasan

zul ariffin

Oh! Artis

Babak Panas Zul Ariffin Hanya Untuk Publisiti? Pengarah Drama Akhirnya Tampil Beri Penjelasan

Isu babak panas lakonan Zul Ariffin dengan pelakon wanita, Siti Hariesa mendapat kecaman ramai sehingga menarik perhatian Menteri Agama, Idris Ahmad untuk memberi teguran dan nasihat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Adegan Yang Ternyata Undang Maksiat, Melampui Batas”- Idris Ahmad

Memandangkan babak yang asalnya dikongsikan oleh Zul Ariffin itu telah tersebar, pengarah drama berjudul ‘Perempuan’ itu akhirnya tampil bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Ain Sharif, pengarah drama ini memaklumkan kepada mStar yang dia mengaku mengarahkan babak terbabit. Bagaimanapun, babak yang tersebar itu tidak akan ditayangkan kepada umum apabila siap nanti.

Babak panas hanya untuk publisiti?

Ya! Saya yang mengarahkan babak itu. Adegan yang Zul kongsi itu adalah scene director cut yang mungkin tidak akan ditayangkan di televisyen. Apa yang netizen tonton itu rakaman second version jika sesuai untuk digunakan dan sekadar untuk tujuan publisiti.

Dalam pada itu, Ain turut mengakui dia terkejut bila mendapat tahu Zul kongsi babak berkenaan di Instagram. Perkara sudahpun berlaku dan Ain sebagai pengarah kena ambil tanggungjawab berkenaan.

Sebenarnya adegan intim begitu tak sampai 10 peratus pun dalam drama ini. Babak berkenaan dihasilkan untuk menggambarkan karakter Sera iaitu lakonan Siti Hariesa sebagai isteri kedua Emir (Zul Ariffin). – Jelasnya.

Pelakon setuju lakukan babak berkenaan

Ain turut menjelaskan dia telah berbincang dan mendapatkan persetujuan pelakon untuk menjayakan babak terbabit.

Sebelum penggambaran pun kita dah berbincang dengan pelakon dan mereka okay untuk lakonkan babak begitu. Kita buat rakaman second version itu bertujuan untuk menjadikan drama lebih menarik tapi semuanya terpulanglah kepada stesen nak pakai atau tidak.

Saya hanya jalankan tugas sebagai pengarah dan berharap mesej cerita ini sampai kepada penonton sebab apa yang ditonjolkan dalam drama itu memang berlaku di sekeliling kita.

Ain dalam pada itu mengakui sedar babak yang dilakukan itu agak sensitif. Bagaimanapun, dia masih meminta penonton untuk fahami dahulu jalan cerita yang ingin disampaikan. Dia turut menyatakan drama ini mempunyai banyak mesej positif untuk disampaikan kepada penonton.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas