Connect with us

Oh! Media

“Mungkin Kerana Faktor Usia, Kesihatan.. Masa Tu Dia Melantun” – Syamsul Yusof

syamsul aaron aziz

Oh! Artis

“Mungkin Kerana Faktor Usia, Kesihatan.. Masa Tu Dia Melantun” – Syamsul Yusof

Pengarah terkenal, Syamsul Yusof mendedahkan punca utama mengapa pelakon Aaron Aziz digugurkan daripada penggambaran filem The Original Gangster.

ADVERTISEMENT

BACA: Aaron Aziz Sedia Berdamai Dengan Syamsul Yusof

Menurut Syamsul, dia mendiamkan diri selama ini kerana mahu bersikap profesional soal kerja. Namun Aaron Aziz seolah-olah melihat isu tersebut ke arah ‘personal’.

Syamsul orang terakhir mahu gugur nama Aaron Aziz

aaron aziz syamsul yusof

Jelasnya, dia adalah individu terakhir yang mahu menggugurkan nama pelakon itu.

Penerbit saya dah cakap Syamsul, Aaron tak boleh, dia dah tua, dia dah gemuk. Saya kata, kita beri Aaron masa sebab dia dah janji dengan saya dia boleh kuruskan badan, dia boleh ‘training’.

Selain tu, Aaron kan ada masalah slipped disc, kesihatan dia pulak. Saya request dengan penerbit, ada 2, 3 orang penerbit di belakang. Berbincang untuk beri Aaron masa, extend shooting. Tapi Aaron tak dapat juga.

Dia juga bimbang dengan tahap kesihatan pelakon itu kerana sebagai pengarah dia sejenis yang ‘push’. Aaron Aziz pula ada masalah slipped disc yang membuatkan dia berasa risau kerana filem itu ada babak bergaduh, melompat dan sebagainya.

Aaron ada masalah kesihatan

aaron aziz

Selain itu, barisan pelakon antaranya Sharnaaz Ahmad, Beto dan krew juga tak yakin selepas melihat kondisi Aaron Aziz semasa latihan untuk filem itu.

Masalah disiplin benda-benda ni, minta maaf saya tak nak cakap tapi saya kena cakap. Semua orang ada masalah dengan dia.

Katanya dia masih memberi masa kepada pelakon kelahiran Singapura itu kerana sakit. Tapi setelah berbincang, memang tiada apa yang boleh dibuat lagi kerana masalah kesihatan tak boleh dibuat main.

Jelas Syamsul dia sendiri menghubungi Aaron mengenai pengguguran nama, namun Aaron dikatakan melenting selepas dia menyebut mengenai faktor usia dan kesihatan.

Sayalah orang pertama yang nak dia jadi hero filem ini, I still believe in Aaron Aziz. Tetapi nak buat macam mana, mungkin kerana faktor usia dan kesihatan.

Dan, ketika itulah dia melantun. Dia cakap ini mesti keputusan daripada pihak saya.

Aaron menuduhnya menjadi punca sedangkan dia dah cuba memujuk kerana dia orang pertama yang mahu Aaron Aziz dalam The Original Gangster.

Kredit: Getaran

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas