Connect with us

Oh! Media

Aaron Aziz Sedia Berdamai Dengan Syamsul Yusof

Untitled Design   1

Oh! Artis

Aaron Aziz Sedia Berdamai Dengan Syamsul Yusof

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan pelakon Aaron Aziz menjelaskan yang dia sudah tidak lagi terlibat secara langsung dalam filem Original Gangster arahan Syamsul Yusof.

Kemudian, pelakon Soffi Jikan tampil untuk mendedahkan wujudnya kemelut sehingga menyebabkan Aaron dibuang dari barisan pelakon.

BACA : Soffi Jikan Dedah Kemelut Antara Aaron Aziz Dan Syamsul Yusof Masih Berlarutan

IKLAN

Terbaru! Aaron Aziz mengatakan yang dia sedia untuk berdamai dengan pengarah sensasi itu serta meletakkan syarat yang Syamsul perlu datang berjumpa dengannya dan meminta maaf.

Saya sedia berdamai dengan Syamsul Yusof dengan syarat dia datang berjumpa saya dan minta maaf atas apa yang berlaku.

Walau bagaimanapun, Aaron masih tidak mahu menceritakan punca perselisihan faham mereka sebab tak mahu buka aib.

Saya tidak mahu menceritakan masalah apa yang berlaku antara kami kerana tidak mahu membuka aib.

Malah, saya mahu berjumpa dengannya untuk menyelesaikan masalah yang berlaku tapi dia menolak.

Bukan tu jer, pelakon itu juga meluahkan rasa kecewa selepas disingkarkan daripada filem Original Gangster. 

Saya sudah bekerjasama dengan Syamsul dalam projek filemnya selama 12 tahun iaitu sejak 2010 lagi.

Saya juga terbabit dalam empat projek filem besarnya termasuk  KL Gangster dan KL Gangster  2 sebelum ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas