Oh! Artis
MrBeast Didakwa Terlibat Aktiviti Tidak Bermoral? Rakan Dedah Perbualan Eksplisit Dalam Telegram
Baru-baru ini, YouTuber terkenal Amerika, MrBeast atau nama sebenarnya James Stephen Donaldson, berdepan kontroversi besar apabila rakannya, Rosanna Pansino, mendakwa dia terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.
Rosanna, yang juga content creator terkenal, mendedahkan ribuan perbualan sensitif dalam grup Telegram syarikat MrBeast, yang dikatakan penuh dengan kandungan eksplisit.
Pendedahan berani Rosanna…

Rosanna mendakwa MrBeast dan kru produksinya membincangkan kandungan yang melibatkan isu perkauman, gurauan sensitif, dan fantasi pelik seperti Vorarephilia, iaitu keinginan berunsur kanibalisme.
Pendedahan ini mengejutkan ramai dan mengundang pelbagai reaksi, khususnya kerana topik eksplisit yang melibatkan golongan bawah umur turut dibincangkan.
Rosanna lapor FBI, tiada tindakan lanjut setakat ini…

Rosanna juga memaklumakn dia telah melaporkan dakwaan ini kepada pihak FBI untuk siasatan lanjut. Walau bagaimanapun, sehingga kini, pihak FBI masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi. Di pihak MrBeast pula, tiada sebarang respon dikeluarkan, dan mereka kekal berdiam diri.
Namun, keberanian Rosanna dalam mendedahkan perkara ini turut mengundang ugutan dari peminat MrBeast yang mengancam keselamatan dirinya dan keluarga jika dia enggan memadamkan media sosialnya.
#OhmediaNasihat
Kes ini menjadi pengajaran bahawa ketelusan dan kejujuran dalam dunia media amat penting, terutama apabila melibatkan personaliti terkenal.
Untuk pembaca, sentiasa peka dan berhati-hati dalam memilih idola dan jangan mudah percaya tanpa mengetahui kebenaran sebenar.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Latin Times
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM