Oh! Artis
“Ameena Yang Tak Minta Untuk Call, Mak Dia Kenapa Tak Call Ke Apa??” – Fizi Ali
Fizi Ali akhirnya bersuara menjawab dakwaan Shakilla Khoriri 9 hari tak dengar khabar anak.
Penyampai radio, Fizi Ali, meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa dirinya serta keluarga difitnah sewaktu mereka sedang menunaikan umrah di Mekah.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Fizi memohon agar orang ramai berhenti menyebarkan perkara tidak benar mengenai keluarganya kerana ingin menghabiskan ibadah dengan tenang.
“Kenapa nak jadikan isu, benda simple je” – Fizi Ali
Dalam perkongsian itu, Fizi menjelaskan bahawa anaknya, Ameena, berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang masalah sepanjang di sana.
Katanya, ada pihak seolah-olah memperbesarkan isu yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan mudah.

Fizi turut menjelaskan bahawa mereka tidak pernah menghalang sesiapa daripada menghubungi anaknya. Malah, dia hairan mengapa isu tersebut perlu dijadikan bahan perbualan umum.

Penyampai radio ini dipercayai menjawab luahan bekas isterinya, Shakilla Khoriri yang mendakwa sudah 9 hari tak mendengar khabar anak.
Dakwa Shakilla, anaknya mungkin terlalu khusyuk beribadah sampai terlupa akan ibu sendiri. Namun, Shakilla tidak berkecil hati dan akan menunggu Ameena pulang dengan sabar.
BACA: “Khusyuk Umrah Sampai Terlupa Umi” – Shakilla Khoriri Rindu Anak, 9 Hari Tak Dengar Khabar Berita
Pssttt! Semoga Fizi Ali dan keluarga dapat menunaikan ibadah umrah dengan penuh ketenangan dan pulang dengan selamat ke tanah air.
Kredit: Instagram Fizi Ali
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM