Connect with us

Oh! Media

”Jangan Takut Macam Saya Dulu” – Uqasha Senrose Minta Wanita Bangkit Dari Penderitaan

Ohmedia uqasha Senrose

Oh! Artis

”Jangan Takut Macam Saya Dulu” – Uqasha Senrose Minta Wanita Bangkit Dari Penderitaan

Uqasha Senrose seru wanita bangkit daripada penderitaan, jelaskan perceraian tidak haram jika memudaratkan.

Pelakon popular, Uqasha Senrose tampil memberi semangat kepada mana-mana wanita yang sedang melalui nasib sama sepertinya. 

Menurut laporan Kosmo, Uqasha menggesa mereka supaya berani keluar daripada kepompong penderitaan, terutama apabila berada dalam perkahwinan yang memudaratkan.

Kepada sesiapa nak jadi biskut bangkit, silakan. Kepada yang tahu dan alami, jangan takut macam saya dulu. Langkah pertama memanglah takut dan berat.

Walau tidak menceritakan secara terperinci penderitaan yang dialaminya, Uqasha menekankan bahawa tindakan menyelamatkan diri adalah perkara paling penting untuk dilakukan.

IKLAN

“Bercerai tak haram jika datangkan kemudaratan” – Uqasha Senrose

Uqasha Senrose

Dalam hantaran lain, Uqasha menjelaskan bahawa perceraian tidak menjadi satu dosa jika ia dilakukan bagi mengelakkan mudarat terhadap mereka yang sedang menderita.

Dalam Islam, bercerai itu tidak haram jika mendatangkan kemudaratan. Apa kemudaratan yang saya lalui?

Uqasha didakwa mengalami pengalaman ‘ngeri’ sepanjang empat tahun perkahwinannya dengan aktor Kamal Adli, sehingga memberi impak besar kepada kesihatan mentalnya.

Uqasha nafi halang Kamal Adli bertemu anak

Kamal Adli

Semalam, Kamal membuat permohonan agar Uqasha memudahkannya bertemu anak mereka, Hawra Uqaira, sepanjang proses kes perceraian berlangsung. Katanya, dia sudah lama tidak bertemu dengan anak perempuannya.

Namun, Uqasha membalas melalui peguam syarie, Muhammad Syazmee Sapian, dengan menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dia tidak pernah menghalang pertemuan antara Kamal dan anak mereka.

Sekejap tak jumpa, sekejap berjumpa tanpa sengaja? Alhamdulillah saya dapat bersuara. Terima atau tidak terpulang.

Menurut peguam, Uqasha malah sangat memahami tanggungjawab Kamal sebagai seorang bapa.

Pssttt! Kadang-kadang langkah paling menakutkan adalah langkah yang terbaik. Keberanian meninggalkan sesuatu yang memudaratkan bukan kegagalan, tapi kemenangan untuk diri sendiri.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas