Connect with us

Oh! Media

Mia Sara Jawab Dakwaan Tanggal Tudung, Berparti Dan Bergaul Bebas Dengan Lelaki

Mia Sara

Oh! Artis

Mia Sara Jawab Dakwaan Tanggal Tudung, Berparti Dan Bergaul Bebas Dengan Lelaki

Sebelum ini tular satu video mendakwa seorang pelakon remaja yang terkenal dengan imej muslimah, Mia Sara Nasuha kelihatan tidak bertudung dan menjejakkan kaki ke kelab malam.

ADVERTISEMENT

Bukan tu jer, dia juga langsung tidak segan untuk bergaul bebas bersama rakan-rakan lelaki sewaktu itu. Biar betul?

Menurut laporan Harian Metro, Mia menafikan dakwaan gosip membuka tudung dan berparti yang tular di media sosial tempoh hari adalah dirinya.

mia sara

Di zaman sosial media, fitnah dan gosip sebegini biasa berlaku. Orang boleh je letakkan gambar sesuka hati. 

Di sini saya menegaskan gambar dan video yang tular itu bukan saya, tapi terpulang sama ada hendak percaya atau tidak.

Saya sendiri terkejut tidak tahu dari mana sumber cerita itu. Saya terima dengan hati terbuka kerana kalau saya komen lebih-lebih nampak seperti saya yang bersalah.

Bapa kepada pelakon itu, Muhammad Ridhuan juga turut sama berharap agar kontroversi yang melanda anaknya itu berakhir secepat mungkin.

Pada mulanya memang saya memberikan ruang buat Mia untuk membuat kenyataan namun lain pula jadinye. Oleh itu saya terpaksa mengambil pendekatan untuk bersuara bagi pihaknya.

Gambar dan video yang tersebar itu bukan Mia. Saya harap hentikan spekulasi dan fitnah. Apatah lagi, kita kini berada dalam bulan Ramadan.

Haa, Mia Sara kata bukan dia ya dan mungkin individu dalam video tu hanya mirip saja dengannya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas