Connect with us

Oh! Media

“Merendah Diri Walaupun Muka…” – Ini Pandangan Mamat Khalid Terhadap Azman Naim

mamat khalid

Oh! Artis

“Merendah Diri Walaupun Muka…” – Ini Pandangan Mamat Khalid Terhadap Azman Naim

Pengarah terkenal Mamat Khalid yang berpeluang bertemu empat mata dengan personaliti media sosial Azman Naim 44 Mantra. Dia berkata peribadi lelaki tersebut telah menarik minatnya untuk bekerjasama dengan lebih lagi pada masa akan datang.

ADVERTISEMENT

BACA: Penyanyi Lagu Parodi, Azman Naim Muncul Dalam Kampung Pisang?

Mamat yang dihubungi media baru-baru ini turut meluahkan hasrat untuk mengambil penyanyi lagu parodi PKP itu untuk bekerjasama dalam sebuah projek khas. Ini selepas dia yakin Azman sangat berbakat dan istimewa dari apa yang dapat dilihat dari perkongsianya.

Tambah Mamat lagi, gaya Azman yang ‘selenga’ dengan mata yang langsung tidak berkedip itu membuatkan Azman mampu membawa satu karakter baru yang bagus. Nampaknya Mamat Khalid dah jumpa satu lagi watak yang akan menghiburkan kita dalam siri Kampung Pisang Bersiri-siri, haha!

Pertama kali jumpa dia depan mata, yang buat saya betul-betul terpikat adalah adab yang ditunjukkan. Azman sangat-sangat beradab, ‘coo’ dan merendah diri walaupun muka dia ‘pecah rumah’. Dia sangat istimewa dan tak sabar untuk tonjolkan keistimewaanyang ada pada dirinya dalam karya-karya saya berikutnya.

Ujar pengarah drama Hantu Kak Limah Balik Rumah ini lagi, keperibadian Azman yang tertib dan budi bicara yang baik menjadikan Mamat lebih tertarik untuk bekerjasama dengannya.

Mamat juga turut memaklumkan watak baru untuk Azman akan diwujudkan. Azman akan menjadi adik kepada watak Cik Purnama lakonan Dewa Sapri dalam ‘universe’ (galaksi) Kampong Pisang.

BACA: Penyanyi Lagu Parodi Azman Naim Akhirnya Menghadap TMJ

Terdahulu, nama Azman menjadi sebutan netizen apabila nyanyian parodinya di Instagram berkenaan PKP menjadi tular di media sosial.

Ia kemudian mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail yang turut memuji dan mengulang siar video nyanyi Azman iaitu lagu My Way nyanyian Frank Sinatra dalam Instagram milik Tunku.

Kredit: Kosmo Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas