Connect with us

Oh! Media

Penyanyi Lagu Parodi Azman Naim Akhirnya Menghadap TMJ

azman naim

Trending

Penyanyi Lagu Parodi Azman Naim Akhirnya Menghadap TMJ

Sebelum ini kami kongsikan tentang Sultan Johor menitahkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim untuk mencari individu bernama Azman Naim. Ini apabila nyanyian lagu parodi yang bertajuk ‘My Sejahtera Way’ telah menarik minat Sultan Johor. TMJ juga turut memuji lagu tersebut dengan mengatakan “First class, Legend”.

ADVERTISEMENT

BACA: Sultan Johor Titah TMJ Cari Brader Parodi Lagu PKP Vaksin

azman naim

Mohd Nur Azman Naim atau lebih dikenali dengan nama Azmannaim44mantra yang terkejut dengan perkara itu turut menjunjung kasih Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Dia tidak menyangka karyanya dapat menarik perhatian Baginda.

Sudah tiga kali dipanggil menghadap TMJ

Memetik laporan Harian Metro, rupa-rupanya sudah tiga kali Azman dipanggil pihak istana untuk menghadap TMJ. Ia lebih mengejutkan Azman apabila tujuan dia menghadap bukan hanya sekadar penghargaan ke atas dirinya, tetapi turut diminta untuk memberi pandangan bagi memajukan rakyat negeri Johor.

Baginda memiliki visi dan berpandangan jauh demi memajukan rakyat Johor terutama aspek pendidikan, kuasa ekonomi dan melakukan persiapan rapi merealisasikan impian itu.

Baginda turut menyatakan suka dengan pendekatan saya menggunakan media sosial untuk ketengahkan isu rakyat. Saya terharu dan bangga bukan kerana diri saya semata-mata. Sebaliknya bangga kerana pandangan serta pendapat saya diambil serius oleh baginda.

Untuk pengetahuan, Azman merupakan anak jati Kulai, Johor dan kali terakhir dia menghadap TMJ adalah pada bulan lepas.

“Agak gementar dan risau kerana tidak sediakan apa-apa. Rupanya TMJ sangat kasual dan merendah diri”

Itulah apa yang dirasakan Azman saat pertama kali bertemu TMJ. Azman turut berkongsi TMJ akan nampak ketegasannya bila masuk perbincangan mengenai isu rakyat. Dia turut berpandangan TMJ mempunyai perancangan terbaik untuk masa depan anak-anak Johor.

Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan mengharapkan agar Azman terus berkarya.

Kredit: Facebook Azman Naim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas