Connect with us

Oh! Media

Sah! Remy Ishak Bakal Bernikah Pagi Sabtu Ini Dengan Gadis Pilihan

remy ishak

Oh! Artis

Sah! Remy Ishak Bakal Bernikah Pagi Sabtu Ini Dengan Gadis Pilihan

Pelakon lelaki pujaan wanita Malaysia, Remy Ishak nampaknya bakal menamatkan zaman bujangnya. Remy yang sudah berumur 39 tahun itu dilaporkan akan melangsungkan pernikahan dengan gadis pelihan hatinya Ezza Yusof pada pagi Sabtu ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Remy Ishak Alami Kemurungan

Berita ini dilaporkan Harian Metro selepas mendapati Remy dan Ezza sedang giat melakukan persiapan akhir di sebuah hotel sebelum dibawa ke lokasi pernikahan pada pagi Sabtu.

Jika korang masih ingat, Remy dan Ezza sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan pada 2017 namun gagal pada tahun 2019. Tapi nampaknya kalau jodoh tak ke mana kan? Hehe.

remy ishak

Saya rasa semua tahu, perhubungan saya dengan Ezza ada pasang surutnya dan pernah putus tunang, namun bercantum kembali.

Saya ingatkan nak bina masjid pada bulan Syawal selepas ombak, segala badai di lautan yang kami tempuhi sebelum ini, tapi apakan daya, perancangan Allah itu lebih besar daripada kehendak kami. – Kata Remy.

remy ishak

Remy sahkan bakal tamatkan zaman bujang

Kedua-dua belah pihak dah bersetuju dan kalau tiada aral melintang, majlis akan berlangsung pada 21 Ogos (Sabtu) ini. Insya-Allah. Akan bernikah di masjid sekitar Kuala Lumpur dengan hanya dihadiri beberapa orang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Kalau boleh memang nak buat majlis dalam suasana terbuka, ada kawan-kawan dan sebagainya tapi tak boleh. Insya-Allah, selepas semua dah okey nanti dan dibenarkan buat majlis, Insya-Allah kami akan buat.

Alhamdulillah, memang benar perancangan Allah itu memang hebat dan kita takkan sangka-sangkakan. Tahniah buat Remy dan Ezza semoga masjid yang bakal dibina ini kekal selama-lamanya. Dengar cerita busana pernikahan pun dapat sentuhan pereka fesyen muda terkenal. Siapa agaknya tu? Tak sabar nak tunggu Sabtu ni.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas