Connect with us

Oh! Media

Remy Ishak Alami Kemurungan

Oh! Artis

Remy Ishak Alami Kemurungan

Ohmedia faham ramai orang tidak dapat berjumpa dengan insan tersayang semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Selama 3 bulan kita terpaksa menahan rindu kerana tak dapat balik kampung untuk mencium dan memeluk mak ayah kan?

ADVERTISEMENT

Samalah yang terjadi dekat pelakon drama Bukan Gadis Biasa, Mohammad Zalimei Ishak atau lebih dikenali sebagai Remy Ishak berusia 38 tahun tinggal bersendirian di Kuala Lumpur sehingga menyebabkan dirinya kemurungan.

Walaubagaimanapun, dia kini sudah berada di kampung yang terletak di Melaka untuk bertemu keluarganya sejak Ahad lalu. Kalau korang nak tahu, Remy dinasihatkan oleh doktor bahawa dia tidak boleh tinggal secara bersendirian kerana bimbang gangguan mental dan emosinya akan jadi lebih buruk.

Jadi, pengurus Remy yang bernama Azlin Abas berkata pelakon tersebut telah memohon kebenaran pihak berkuasa dengan surat doktor yang dikeluarkan.

Minta maaf, Remy dimaklumkan oleh adiknya tidak sihat selepas dia balik dari bandar hari ini. Sudah tiga bulan dia tak bertemu keluarga di kampung. Itulah yang dia jadi rindu sangat. Malah, dia nak kerja pun tak boleh sebab arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -kata pengurus Remy Ishak

Kesiannya tengok Remy! Apapun, Ohmedia doakan agar Remy Ishak sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan semoga cepat sembuh. Ramai yang dah rindu awak berlakon tau!?

OHMEDIA: GET WELL SOON, REMY!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca doa yang baik-baik di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas