Oh! Artis
Mat Kilau Cecah RM90 Juta, Ini Bonus Yang Akan Diberikan Penerbit Kepada Produksi & Anak Yatim
Pada
Oleh
Kita sebagai rakyat Malaysia sudah pasti berasa bangga dengan pancapaian filem Malaysia yang mampu meraih kutipan tinggi mengalahkan filem luar negara. Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan membuktikan filem tempatan mampu melakukan perkara itu selepas berjaya mengutip RM90 juta setakat ini.
BACA: “Cerita Meletup Barulah Nak Mengaku..”- Waris Mat Kilau Jawab Tuduhan Kejar Populariti
Filem yang diterbitkan Studio Kembara Sdn Bhd ini merupakan filem pertama mereka dan terus berjaya mencipta sejarah. Penerbitnya, Abdul Rahman dalam pada itu menyatakan akan memberikan imbuhan bonus kepada barisan pelakon produksi filem ini termasuk anak yatim.

Syukur dengan nilai kutipan, kita telah berjaya pulang modal. Namun tidak perlulah saya beritahu jumlahnya kerana ia masih ditayangkan. Penonton juga boleh kira sendiri.
Dengan pencapaian ini, saya juga akan beri imbuhan yang munasabah kepada semua produksi. Mungkin bukan hanya wang ringgit tetapi boleh juga berikan hadiah dalam bentuk pakej ibadah umrah.

Bukan hanya untuk pelakon dan barisan produksi filem Mat Kilau, Rahman turut menyatakan hasratnya membantu anak-anak yatim yang susah. Mereka bercadang untuk membeikan biasiswa kecil bagi membiayai persekolahan anak-anak ini.
Semua ini akan diberikan sebaik sahaja tayangan filem tamat. Rasanya boleh pergi lagi sampai cecah RM100 juta ni. Kalau dapat masuk pasaran Indonesia lagi berganda. Apapun, tahniah Ohmedia ucapkan kepada semua pihak yang terlibat menghasilkan filem epik ini.
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji tindakan Jep Sepahtu berkongsi...
Rita Rudaini sindir individu yang didakwa “terpaling bayar nafkah” dan mendakwa bekas suami masih ada hutang...
Shuib mengesahkan sudah membaca luahan panjang Jep Sepahtu mengenai dirinya, namun memilih untuk tidak memberikan sebarang...
Ain Edruce mengakui menjadi mangsa penipuan selepas membeli dua tiket F1 Bahrain pada harga RM8,000, sedangkan...
Jep Sepahtu bengang isu persahabatan dengan Shuib kembali panas, dakwa dijadikan bahan marketing serta bangkit isu...