Connect with us

Oh! Media

“Malam Jumaat..” – Dato’ AC Mizal Diselar Buat Lawak Tidak Sensitif Pada Maryam

dato ac mizal

Oh! Artis

“Malam Jumaat..” – Dato’ AC Mizal Diselar Buat Lawak Tidak Sensitif Pada Maryam

Kalau anda perasan, pasangan Ryzal dan Maryam cukup terkenal di Malaysia kerana perbezaan budaya antara mereka selain kandungan video mereka yang unik. Disebabkan oleh populariti pasangan tersebut yang kian meletup, mereka kini sudah pun menjadi jemputan untuk beberapa rancangan di saluran tempatan.

Daripada klip pendek yang dimuat naik oleh Ryzal dan Maryam ini, dapat dilihat mereka berada di belakang pentas di sebuah stesen televisyen tanah air dan bersembang sakan dengan beberapa selebriti popular seperti Lisa Surihani dan Hazama.

Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah perbualan di antara Dato’ AC Mizal dengan Maryam. Disebabkan oleh lawak ‘double meaning’ pengacara itu, wanita Korea itu dilihat terpinga-pinga kerana tidak memahami maksudnya.

Meskipun ‘terlepas’ daripada wanita itu, namun netizen meluahkan rasa kurang senang dengan AC Mizal yang dianggap tidak menghormati Maryam kerana membuat lawak tidak senonoh itu.

Malam jumaat, saya makan tteokbokki (‘kek beras’, makanan terkenal di Korea), tapi dengan bunyi yang lain.

Apabila ditanya wanita itu makan apa, dan Maryam menjawab tteokbokki, AC Mizal dilihat terus mengutarakan lawak tidak sensitif tersebut,

Saya makan, bunyi sebutannya lebih kurang tapi rasanya lain.

Pengacara itu yang seolah-olah memberikan bayangan mengenai alat sulit, para netizen terus meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya dilakukan kepada wanita tambahan pula pasangan yang sudah berkahwin.

dato ac mizal
dato ac mizal
dato ac mizal
dato ac mizal
dato ac mizal
dato ac mizal

Kebanyakan daripada mereka meminta pengacara itu dan juga orang lain supaya lebih sensitif dengan lawak sedemikian, memandangkan Maryam juga tidak begitu fasih dengan bahasa Melayu. Mungkin dia akan terasa hati sekiranya makanan popular di Korea itu dijadikan bahan lawak tidak senonoh.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Teruskan membaco..
Anda mungkin juga menyukai...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

To Top